Wednesday 20 June 2018

Deko Raya: Ruang Tamu Separa Siap 2018


Salam & hye..


SELAMAT HARI RAYA!!!


Disclaimer: Owh sebelum aku lupa, ramai benonyer yang email nak mintak softcopy khat kufi yang aku penah offer dulu even offer tu dah berlalu setahun dua yang lepas.. actually bole je aku nak bagi.. x de tempoh expiry pun cumanya aku takde masa percuma skang. dibizikan oleh hal2 doniya yang ntah bila akan berakhir.. makanya dikesempatan yang ada ni aku nak mintak maaf sgt2 pada siapa2 yang masih aku tak sempat nak reply emailnya.. yang masih menunggu & mengharap balasan dari aku. mohon maaf sgt2 yer.. rasa berdosa pulak bila buat orang rasa berharap sumthing dari kita. Allahu.. aku tak dapat nak janji yang aku akan balas email korang. cuma aku akan cuba untuk balas one fine day.. i'm soooo sorry guys! awaaa..ayaa taq quattt.. (ayat budak wicet. phuii!)


Wokey lah, berbalik pada tajuk kat atas tu.. deko raya: ruang tamu separa siap 2018. amacam, best tak tajuk aku bagi? hahah! projek make over ruang tamu dah melangkau 2 tahun dari hari aku plan tapi nampak gayanya dah masuk raya lagi sekali masih jugak tak siap2.. malas cakap banyak, moh layan gambo ajer la senang citer. haku pon tak penat nak explain pepanjang tapi engkorang melongo tak paham satu hape pun yang aku tulis. kan?

Ni antara yang ada dalam aku punya wishlist 2 tawun yang lepas.. ada yang dah setel & ada lagi yang masih di takuk lama... jom kita coci matoooo...

  • tukar warna cat dinding dari pink ke mint/teal   
[sila abaikan tilam bayi di sofa itew]


  • tukar langsir (baru beli kat kaison last week :p) 
[tersuka pulak dengan corak bunga2-daun2 kat langsir ni. beli murah sajor RM39.90 sekeping. untuk sliding door aku ni kena guna 3 keping --> RM39.90 x 3 = RM119.70] kira okey la dengan harga tu sebab langsir ni 2 layer..cuma dijahit sekali]


  • tukar throw cushion    (warna grey/teal/turquoise --> dah lama beli dan pakai dari raya yang lepas) 
  • pasang carpet  (beli kat kedai pakistan RM50 sekeping. rembat 2 keping terus)
  • pasang kabinet tv jenis gantung  (tengah buat pertimbangan antara kabinet ikea or dari megatech. seems kabinet megatech lebih value for money setakat ni. tapi hujung minggu lepas aku gi kedai dia tutup. bila aku whatapp tanya, rupa2nya diorg dah start cuti raya. lepas raya kang baru bukak semula. chaiitt! tak sompek den nak riki2 design & harga.. kena la tunggu lepas raya kang. tu pun kalo duitnya masih dapat diselamatkan lagi la. hahah!)
[masih dengan kabinet tv zaman bebaru kawen dulu. nanti2 lah lepas2 raya kot baru try riki2 lagi. kalau jadi pasang built-in cabinet, kemungkinan besau tv dah tak lagi letak kat area situ. keseluruhan ruang tamu akan berubah lagi..maybe]


  • tukar sarung sofa     (sampai ke sudah tak jumpa2 dengan zip panjang utk sarung sofa. jadinya, projek ni terbengkalai masuk 2 kali raya :p so konklusinya: pakai jer la sarung sofa yang lama..) 
  • item2 deko    (setakat ni aku malas nak ubah pape. guna jer apa yang ada. cuma ada la satu aku gubah bunga orkid utk raya last year. tapi tak berapa helok sebab beli barang tak cukup. kurang semenggah kejadiannya. so utk tawun ni, guna bunga yg sama jer cuma nanti ada masa aku nak repair molek sikit. barang2 dah beli sebelum puasa lagi tapi sampai arini pun tak terbuat2. hahah!) 
[pokok orked yang dah berjaya aku gubah semula..tangan kayu. ada rupa orked tu kira bole la kan.. hihih]


[close-up sikit]


  • feature wall   (putih kosong. cuma ada cermin dan jam dinding seketul. ntah aku tak tau nak buat gaya cemana rupa feature wall ni. terlalu banyak contoh yang digoogle tapi belum jumpa satu pun yang betul2 berkenan kat hati. plan nak tampal wallpaper tapi puas riki2 wallpaper takde satu pun yang kena ngan tema yang aku nak. aku nak feature wall yang simple, tak sarat, tak feminine, yang kekal putih tapi nampak macam bercorak timbul [baca: macam wallpaper bata 3D]. kejap nak wallpaper, kejap nak freestyle guna cat & masking tape je, kejap nak buat wainscoating.. sudahnya aku biarkan kosong macam tu jer... hahah!)
[kosong jer.. drawer coklat yang dulu elok duduk bawah cermin tu dah aku alih ke tempat lain. tawun ni aku nak konsep lapang jer kat ruang tamu ni. abaikan buai tersebut :p]




dah tu jer laa ruang tamu separa siap aku untuk raya tahun ni. siap tak siap, raya tetap raya. takdenyer hari raya tu nunggu ruang tamu aku siap betul baru dia muncul. yang penting bersederhana.. jangan membazir. semua aku pakai balik jer apa yang ada kecuali kapet & langsir. langsir tu ikutkan nak pakai yang tawun lepas punya tapi pakkal ajer ler salah saiz.. tersenteng. tu yang carik lain.


ok lah, chiaw dulu..


jemput datang raya! tawun ni banyak kuih raya free.. jimat poket! weeee..... (^__^)


babai!




Sunday 28 January 2018

Random: Not So Random~



salam & hye..


apa kabo semua? [ceh, fefeeling macam ada je lagi readers dalam blog nih. kihkih..]


lama tak mengarang dalam ni. banyak je benda berlaku nak dishare tapi apakan daya masa nan hado. kat rumah lagilah memang jangan diharap nak menaip.


apa nak citer dulu? projek ruang tamu dah jadik projek gajah putih. terbengkalai setakat aku share haritu je. kalau ada pun yang berubah cuma sarung throw kusyen dgn langsir. nak story pun takde mood sebab langsir beli ready made tersenteng pulak. tapi sebab nak ikut tema punya pasal pasang la jugak. cover dgn day curtain. owh ada lagi yang berubah. projek DIY tikar. dah siap dan dah bentang pun kat ruang tamu tu. lawa memang lawa [puji diri sendirik ko hado?] tapi dah nak jahanam dah pun dikopek2 anak2. tak larat dah nak memetir kat bebudak berdua tu. bior ajer laa depa. asalkan bahagia.


kalau memasing dah buat aksi comey gini, hagak2 sampai hati tak nak jadik mak naga?



lagi2 kalo yang ini... cair mak nak oiiii.... terus mak selak baju kasi upah :p



dalam bulan Sept and Okt yang lepas ada big projek berlangsung. alhamdulillah ada rezeki lebih sket utk renovate dapur. dapatla extend sket area nan sekangkang kera tu. renovation dah siap. dah guna pun dapurnya. cuma projek deko & susunatur tak setel lagi. belum sempat nak betul2 fokus pada susunatur rumah buat masa ni sebab banyak benda berlaku beberapa bulan kebelakangan ni...start dari si kecik Aydin warded, menyambung ke satu family kena ciken pox bergilir-gilir sampai hampir sebulan pastu sibuk uruskan Ammar nak masuk darjah 1 dan Adelia nak masuk tadika.. semua benda berlaku bersambung2 sampai tak cukup napas nak mengejar urusan rumah dan tangga. Eh?


sekangkang kera ni jelah pun area yang direnovate. time ni tengah nak buat laluan utk pipe & wiring letrik.



ni dorang tengah nak buat table top. kalo ikut aku, tak plan pun nak bikin table top. tapi tok laki kata dah alang2 buat je lah terus. aku pun malas nak pikir2 lenkali, jalan je laa... tapi skang ni rasa a bit menyesal laa sebab buat table top sebab orang ni buat tak semenggah. dah kelamkabut nak cepat siap sbb kitorang dah bising. time ni aydin baru discaj dari spital.



ni laa rupa dapur masa halfway siap. ni je pun gambo yang ada. masa ni belum pasang kabinet & kitchen hob. mesin basuh pun belum dialih kat tepi tu..



time renovation aritupun ada perkara tragis jadik. baby Aydin yang time tu baru umo 4 bulan kena warded sebab jangkitan pada paru2. aku rasa effect dari kerja-kerja renovation tu. aku ni pun sengal jugak dah tau anak baby lagi gatai nak renovate rumah. tak menyabo kata orang tua2. hambik ko mendapat! merasa la dok berkampung dalam wad 4 hari 4 malam... tapi skang alhamdulillah Aydin dah sihat macam biasa. yeayy!



ni masa aydin warded kat HSA. 3 hari 2 malam kat sini..



petang discaj HSA, awal pagi warded KPJ puteri pulak. sehari semalam kat sini pulak.



balik pada citer susunatur dan deko2, rumah skang ni tengah tunggang-langgang since aku masih nak fine tune dengan masa vs house chores. al-maklum..aku ngan incik asben cuti wiken tak sama. aku cuti jemahat-sabtu while incik asben cuti sabtu-ahad. tambah sadis bila tiap2 alternate sabtu dia kena keje. so hari jemahat bukan hari yang aku ada ruang untuk melayan susunatur apatah lagi deko2 sebab ada tiga ketui budak comey yang nak diurus sensorang ditambah dengan aktiviti2 surirumah yang memang hari2 nak kena dibuat dan jugak sorang bayi comey yang masih mengempeng nenen maknya. jadiknya memang toksahlah nak berangan nak mendeko2 di hari jemahat. memang ko takkan sempat punyalah! buat masa ni laaa..... hari sabtu je laa yang kitorang ada untuk aktiviti kuarga..jadik pepaham je la yekk nape aku lama menyepi.. [huarrrrhhhh alasan basi!]


k, lah..
saja buat mukadimah untuk permulaan tawun ni.
harap rajin lah kot nak updet blog selalu.
hari2 berangan yang sama.
nak apdet blog banyak2.
tapi hari2 jugak jadik angan2 mat jenin.
haihhhhhh!


k, bai dulu!





Thursday 4 January 2018

2018




eh, dah tahun baru?

tahun baru?

tahun baru?






tahun baru dah weyyyy!!







mana post baru??


😛