Wednesday 28 December 2016

Susunatur: Perkakas Kebersihan Rumah


salam & hye..

klako pulak bila baca tajuk. tapi tader idea nak bubuh tajuk apa. tajuk gitu pon boleyyy...

lama dah tak share pasal susunatur. balik2 pasal deko yang tah pape je tu. kahkah! okey laa.. arini aku nak share kat mana aku susun & atur perkakas2 kebersihan untuk rumah aku ni. perkakas kebersihan yang aku maksudkan kat sini ialah penyapu, mop, pengelap tingkap, pembersih habuk (errr...aku lupa nama spesifik apa. selalu aku panggil bulu ayam jer.. kihkih), etc, etc, etc...

bagi kengkorang yang takde idea nak simpan mana semua menda2 ni, mungkin bole la kot nak cedok idea dari sharing aku ni. ramai jer yang buat cenggini tapi aku sorang jer yang poyo sangat nak share. hahah!

okeh, jom nengok kat mana aku simpan semua menda2 yang aku maksudkan tuh..



ni laa dia.. semua menda2 tadi aku susun dalam bilik air no. 2. lokasi bilik air no. 2 ni bersebelahan antara bilik no. 2 dan bilik no. 3. aku gantungkan semua betul2 kat dinding bersebelahan dengan pintu bilik air. sebelum2 ni aku gantung kat dinding area belakang pintu bilik air. time pintu terbukak & tengok dari luar memang nampak clear cantik jerrr tapi bila dah masuk dalam bilik air then tutup pintu, rasa serabut gila kot.. macam tak teratur.. lagipun aku pasang penyangkut tu rendah sangat jadi yang mop panjang giler tu tak boleh nak sangkut situ. jadi aku alihkan ke area sebelah pintu macam dalam gambo atas tu. tak mengganggu pandangan sangat dan jugak tak halang lalu lintas.

eh aku bebel panjang2 ni paham ke korang? hahah!

nak tau caner aku gantung? meh aku zoom-in




ni aku zoomkan macam mana aku gantung semua menda2 tu. aku guna penyangkut untuk sangkut baju bajan tu jer. murohh jer menda ni. kat kedai RM2 pun boleh dapat. kalo nak kemas, korang drill laa penyangkut tu kat dinding sebab bila ko beli penyangkut ni memang ada provide skali dua ketul skru. macam kes aku ni, disebabkan aku tak mahir bab2 mendrill dan kalo nunggu tok laki yang buat pulak aku tak tau tawun bila baru aku boleh gantung barang2 ni sume makanya aku ambik solution gantungkan jer penyangkut tu pada cangkuk macam dalam gambo tu. cangkuk tu multipurpose. bole je buat gantung baju or gantung apa2 yang korang suka.

cara aku lekatkan cangkuk tu, kat belakang dia dah sedia ada gam tapi gam tu korang kena bakar kasi cair dulu baru lekat kat dinding. yang bestnya, cangkuk tu memang cukup kukuh laa.. setakat dah nak setawun aku gantung kat bilik air ni so far masih kukuh walaupun kengkadang aku gantung mop basah. korang tau caner berat mop basah kan?

kat mana bole dapat cangkuk tu? tu aku beli kat daiso. RM5 + 6% gst dapat laa dua ketul cangkuk dalam satu plastik. jadi untuk projek ni aku guna 4 ketul cangkuk bersamaan dua plastik daiso. hihih.. :p




kat area lantai nya pulak aku letakkan baldi guna untuk buat mop. senang. semua kumpul satu tempat. tak pening nak mencarik2 time nak guna nanti. sila abaikan lantai berkarat. kihkih..




so cenggini laaa ghoper-nya yer yeop.. senang kalo tetiba tok laki nanye mana mop mana penyapu sume.. carik jer laa kat sini insya-Allah jumpa. batang untuk mengecat pun aku gantung skali sini. dah lama benonyer aku tak dengo tok laki nanye mana mop mana berus mana penyapu sejak aku kumpul semua kat sini. dia tau dah mana nak carik. tapi tau jer laa kan pesen orang lelaki ni kalo buat keje. ambik reti tapi simpan balik tak reti. pastu bila carik sini tak jumpa sibuk laa nanye ke aku letak mana. selalu ada jer sini.. sabo jer la tau.. haku laaa jugak yang akan kutip sume2 tu dan simpan balik sini lepas dia dah abis guna...




lagi gambo full view..



ada satu benda je aku tak dapat nak simpan sini. tau apa dia? penyodok sampah. sebab dia kategori bulky item kalo nak digantung. jadi aku selit jer kat tepi dapur. gambo tader. aku lupa nak snap. hihihhh... :p



k lah, tu jer.
moga jadi inspirasi.
tata..



Wednesday 21 December 2016

Cream Cif Penyelamat Dari Contengan Permanent Marker


salam & hye..

hari ni aku tanak share pasal deko or susunatur. aku cuma nak bagi sket tips / idea. 

pada kengkorang yang ada anak2 kecik yang memang kaki menconteng kat memane bahagian rumah tu, haaaaa....ni aku nak ajar cara caner nak kasi setel kesan contengan tu. aku pun actually main try2 jer aritu tapi memang tak sangka laaa kan hasilnya memang superb!

al-kisahnya cenggini... bebudak kenit kat umah ni memang kaki conteng. lagi2 si kecik Adelia tu. pagi aku cat dinding rumah, tengahari dia dah buat signature dia dah kat dinding tu. pastu pesen memang kalo bagi pensel takmau. pen jugak yang dia nak. lagi lebar senyum kalau dapat magic pen or highlighter. abis semua tempat nak di-art-kan. nak menyirap lebih2 pun tabole jugak pasal aku tau dah bakat menconteng dia tu nurun dari sape. dari aku ler tuuu.... kahkah!

nak jadik citer, lepas raya ritu dia dgn abang dia colaborate pegi buat mural kat almari baju diorang. guna permanent marker woii! yang sharpie tu.. adehhhh...mana dia dapat marker tu aku pun taktau. rasa dah sorokkan dah dulu2. nak menangis aku nengok.. (T__T)



ni almari baju si abang [ammar]. [sila abaikan angle gambo yang senget tu]. hasil contengan si abang. siap tulis nama dia dengan tarikh weyh.. tapi tarikh tu tak betul benonyer. ikut suka dia jer tulis. maybe time tu dia teringat apa yang teacher dia ajor kat skola kot..



ni pulak almari si adik [adelia]. hasil contengan si adik.


eh baru aku perasan. pandai pulak diorang ni buat mural kat almari masing2 ekk.. huhu



berbulan aku cuba clearkan contengan tu. guna air tak jalan.. guna sabun tak berhasil.. last2 dah fedap aku biorkan jer cenggitu.. berbulan woiii tahan mata nengok hasil seni diorang tu...!



-----------------------------------------------

lepas dah berbulan.. ntah cemane tetiba pagi semalam time aku nak pegi mandi, aku terperasan cream Cif kat atas table top dapur. padahal menda ni memang dah berbulan dok ada atas table top tu. tetiba jam2 tu jugak aku tergerak nak try guna untuk padam hasil contengan diorang. 


errrrrr....korang tau tak cream Cif tu cemane rupa dia? haaaa kalo tak tau, rupa bentuk dia macam kat bawah ni haa..

ni laa cream Cif yang aku maksudkan. hero aku untuk projek ni. slalu2 aku guna menda ni untuk lap dapur jer. belum penah try untuk menda lain lagi. tapi since dah tergerak nak cuba, aku cuba laa jugak. nak tau jugak cemane hasilnya kannn..

cara nak guna, aku cari selai tuala kecik then basahkan sikit. pastu aku just tuang je cream Cif tu kat tuala separa basah tu then aku gosok terus kat area contengan. time tu memang aku gamble jer. pasrah jer kalo cat kat almari tu tertanggal or terhakis disebabkan Cif tu..

tapi end up hasilnya memang aku tak jangka sangat2!


meh nengok hasil selepas..

.

.

.

.

.

.

.


ni almari si abang. clear terus weyyyy!!



ni pulak almari si adik. kesan contengan clear terus. tapi yang nampak hitam2 kat pintu belah kanan tu actually tu kesan gam silotep. anak2 aku selain diorang conteng kat almari tu, diorang siap tampal double sided tape lagi kat almari diorang. masa aku kopek silotep tu dulu gamnya tertinggal tak tanggal habis. semalam time aku gosok Cif kat area situ, payah nak tanggal gam tu so jadik laa dia hitam cenggitu...

tapi overall memang aku puas hati giler guna Cif ni. mata pun dah tak sakit dah nengok. pasni aku dah tak yah nak kusut2 lagi dah kalo anak2 aku menconteng sana sini. ditegah pun tak jalan. takpe laa mak is redhoo nak.. mak carik solution jer caner nak setel hasil seni engkorang tu... huhiiii [gelak dalam tangisan]  =)


kalau korang tanya bape banyak aku guna Cif ni masa nak bersihkan kesan contengan tu, takde laaa banyak sangat pun pakai. tak luak suku botol pun. ikut agak2 jer..



k lah, tu jer tips aku nak share.
sila buat tak pedulik dengan kualiti gambar yang macam taik tu. senget benget. nak cepat siap sebab dah lambat nak mandi gi keje. kahkah!

k, tata!


Tuesday 20 December 2016

MakeOver : Progress Ruang Tamu


salam & hye..

ingat lagi tak aku penah berangan nak make over ruang tamu umah aku nih? aku plan nak masukkan elemen biru / turqoise / mint dalam tema rumah kali ni since dari dulu umah ni tak lari dari warna pink. walau hakikatnya aku bukan penggemar pink malah dulu2 memang tak minat langsung tapi tah tak tau caner boleh terjebak dengan warna tu. 

untuk jayakan plan aku tu, first thing aku kena kopek all the wallpapers yang ada la kan.. dah ler wallpaper ada jalur pink. masa nak mula tu memang berchenta lah aku. risau susah nak kopek. then, aku pun takde laa buat semua sekali gus. aku setelkan satu dinding ke satu dinding dulu supaya tak penat & tak sakit mata nengok dinding yang sopak2.

so untuk permulaan, aku setelkan dinding yang menghadap pintu sliding utama dulu...



ni dinding yang dimaksudkan. masa ni tengah in progress kopek wallpaper2 yang ada tu. aku ingatkan susah sangat nak kopek. so far alhamdulillah tak susah sangat. cuma ada laa cat2 yang terkopek jugak macam yang korang nampak tu. tapi since aku memang nak cat semula dinding tu so pada aku cat yang terkopek tu is not a big deal. 



ni view dari laluan nak ke dining area / dapur. aku guna kerusi tu jer sepanjang proses berlangsung. tak guna tangga langsung. macam yang aku kata tadi, nak kopek wallpaper ni tak sesusah yang aku sangka. aku buat ni semua pun sensorang jer. time ni tok laki gi keje. pepagi lagik dah start dah projek aku. hihihhh..



kejap jer setel dah. tapi dinding ada sikit sopak2 laaa.. tapi aku okey jer. tok laki balik keje terkejut nengok dinding dah togel siap bersopak2 lagik pulak tu. nasib baik dia tak bising sebab aku penah sebut gak before ni pasal nak kopek wallpaper ni sume.. lagipun wallpaper ni pun dah habih penuh dengan art bebudak kenit kat umah ni.. seni katanya..

petang tu jugak aku setelkan kikis semua cat yang mengelembung kat dinding tu. tujuannya supaya lepas proses mengecat semula nanti tak berlaku kes cat terkopek tetiba. kena ratakan dulu dinding kalo nak bagi cat cantik kendian2.

then, malam tu aku ngan tok laki berkolaborasi mengecat semula dinding nih. kitorang guna cat putih jer. pakai balik balance cat yang ada tuuu... ngam2 untuk satu dinding tuh. tu pun tok laki kata kalo buat satu layer lagi, lagi sekata kaler dia. lagi cantik laaa.. tapi apokan dayo.. catnya udah kehabisan..



so, ni laaa hasilnya.. putih bersih jer. kosong tader pape. cuma letak balik perhiasan & perabut yang sedia ada.

memula aku plan nak pasang wallpaper warna yang aku nak tu utk satu dinding nih. kira macam nak jadikan feature wall laa since kedudukan dia mengadap pintu utama kan. tapi tak jumpa wallpaper yang berkenan. so aku decide nak buat stripes jer la kot kalo rajin.



 [sumber google]

buat stripes gini ke..



 [sumber google]

atau cenggini. eh sama macam yang atas.. :p



 [sumber google]

atau kalo rajin buat cenggini.



[sumber google]

eh eh tapi corak cenggini pun macam lagi smart ekk... huhii


tunggu jer lah nanti apa jadik dengan dinding aku tu kang. ntah bila tah akan siap. silap2 togel cenggitu jer sampai raya tawun depan. hahah!


keh, tu je nak share.
papaiii - de - selomen
tuuttt.. ttuuuttt..




Monday 5 December 2016

Perabot Jati Bukan Taste Aku Rupanya


salam & hye..

takde apa nak share benonyer...
cuma nak bagitau yang kosi jati nan seketoi kat umah ni dah selamat aku letgokan.


ni lah kosi yang aku maksudkan.
ntah camane dulu aku boleh terbeli kosi ni aku pun takpaham.
lepas dah beberapa ketika baru aku sedor yang perabot jati bukan taste aku. mungkin warna kayu tu aku tak minat. kot..
ditambah bila dah ada 2 anak kecik dan nak masuk anak kecik ke-3, aku rasa perabot jati tak sesuai ada kat umah aku. dah 2-3 kali anak2 jadik mangsa terhantuk kat bucu kosi. tajam & keras giler weyyy! melalak tak ingat dunia punya if anak aku kena. jadi lebih baiklaa aku letgokan jer..

cuma yang buat aku rasa sadis ialah.. beli dulu sikit punya mahal woih! seribu lebih harga seketoi tu. tapi bila jual balik langsung takde nilai. rm200 je org tu amik. tu pun macam nak tanak je beli aritu. sebab dia kata takde sape nak beli barang jati. tak ramai yang minat pun. siap kata kalau aku tanak jual pun dia ok jer. lagi dia suka.. siot betol ko apek!

puas fikir... nak simpan memang buat semak rumah jer. nak jual kat mudah pun belum tentu ada org nak beli. ujung2, aku setuju je lah dgn harga tu. asalkan umah aku clear.. jadiklaaa buat tambah2 duit kocek..



now, camni laa rupa hall aku skang..


kosong. luas. lapang.





anak2 seronok laa.. bebas lari sana sini takde halangan. aku pun tak risau sgt dah kalo diorang melasak lebih2 kat area ni. 


skang tengah kumpul tenaga nak realisasikan plan ruang tamu aku sebelum ni. hopefully if tak sama macam yang di-plan, dapat buat separuh dari plan pun jadiklaa... tengah berzikir2 nii nak kopek wallpaper belang2 tu.. tak rajin woiiihhh.!








-------------------------------------


psssttt... aku benonyer join kutu kosi ni. bulan ni insya-Allah turn aku dapat. 


(^_____^)


[alasan sangat kann nak jual kosi jati tu kannnnnn.... padahal ada udang sebalik mee :p]


keh, babai!


Sunday 4 December 2016

Sticker Wallpaper Penyelamat Suasana


salam & hye..

lamaaaaaa tak bersiaran. bila dah lama sangat stop memang cenggini la jadinya. nak mula balik tu memang berchenta. actually, sikit sebanyak tu ada laa jugak projek kecik2 yang dibuat tapi macam aku kata tadi laa.. nak mula menaip buat entry semula bila dah lama tak buat memang lemauuuu..

so, mana nak mula ni?

aku share sket pasal deko kat meja kerja aku ni la dulu kot ekk.. ingat lagi aku penah share pasal dinding kat tempat duduk aku yang banyak kesan tampal2 dulu? tak ingat? tak pe...tak penting pun. bole jer click SINI kalau nak review balik entry tu. projek ni ada dah sebulan la kot aku buat. punya laa lama entry terperam. huhi.. :p

so as solution nak cover dinding yang nampak huduh yang aku penah share dulu, aku just tampal jer dengan wallpaper kaison. kan aku penah bagitau kan yang kaison dah bukak kat JB ni so gigih laaa hangkut tok laki dgn anak2 ke sana. dia punya crowded laa kan kat AEON Tebrau tu masya-Allah.. tok laki dah merungut2 dah. mintak hampun ye cik abang.. hamba tak tau tahap crowded tempat tu cenggitu sekali. dah almost 5 tawun kot tak ke sana. nanti2 kalo dah siap IKEA kat situ aku tatau laa nak describe camane dia punya serabut tu nanti. pegi sana aritu semata2 nak beli seketoi wallpaper ni jer..

jom laa nengok cemana hasilnya ni..


SEBELUM


SELEPAS
dinding belah kanan aku. sebelah dengan pc.





SEBELUM


SELEPAS
dinding belakang aku. dinding kat belakang tu yang paling teruk tahap kehuduhannya. actually still nampak lagi laa kesan2 tampalan tu cuma kurang sket la kot berbanding dulu. memula aku ingat nak pasang dua layer dengan yang part bawah tu tapi takut nanti ruang ni nampak makin kecik dan sempit. jadi aku biarkan jer camtu. bole laa kan.. tak laa sakit sangat mata ni menengok..





SEBELUM


SELEPAS
ni dinding belah kiri.



ni zoom-in corak wallpaper yang aku pilih. dari jauh nampak hitam plain jer.. actually wallpaper ni bercorak. aku pilih yang simple jer sebab nak bagi nampak korporat sket laa... warna pun pilih warna selamat jer.. hitam. lagipun dah plan nak gantung frame sket kat area wallpaper ni. sebab tu aku pilih warna hitam. senang nak matchkan dengan apa2 deko nanti. tapi tah bila tawun nak deko tu tak tau laa.. tengok laa tahap rajin aku cemane nanti.



ni kat satu sudut atas meja. nampak sepah sebab makyong tengah kemaruk nak makan. so meja memang penuh dgn bekas2 / botol2 makanan jer laa buat masa nih. hahah!



ni sudut bersebelahan dengan sudut yang tadi. 



buat masa ni, ni jer laa dulu deko yang ada. aku dah lama plan nak gantung frame DIY kufi aku tu tapi tak terbuat2 sampai skang. padahal bukan susah mana pun. tinggal print masuk dalam frame pastu gantung. tah nape tak dibuat2 lagi aku pun tak faham. adakah sindrom ibu mengadung? hihi.. :p




k la, tu jer nak share untuk kali ni.
lenkali aku share lagi keh.
babai!