Monday 30 May 2016

DIY: Transformasi Tikar Evamate Jadi Ala2 Karpet Mahal


salam & hye..

korang caye tak kalo aku cakap, dgn sikit kreativiti mampu hasilkan sesuatu yang un-sangka-rable? tak caya? okeh, meh aku share satu idea. cuma sikit modal tambah sikit kreativiti, hasil yang korang akan dapat memang korang sendirik rasa tak percaya. jom!

kat bawah ni aku nak share hasil transformasi tikar evamate yang dah ala2 nak kena campak masuk dalam tong sampah gara2 dah koyak rabak jadik tikar yang ala2 macam karpet kekdahnya.

idea ni asalnya bukan idea aku. aku dapat dari satu group deko. ada sorang member group share hasil DIY dia dgn tikar ni. dan idea dia tu terlekat kuat dalam kepala otak aku even skang ni kalo nak carik balik idea yang dia share dalam group tu memang jenuh laaa nak scroll jauh ke bawah. ntah jumpa ntah tak tu kang....

satu lagi penyebab aku gigih nak try idea ni ialah sebab anak2 aku alah pada karpet tapi maknya kepingin nak berkapet macam rumah orang lain. bila guna kapet nampak mewah jer rumah tu kann... tapi bila fikirkan anak2, lupakan ajer laaa... jemur, ketuk, kebas, vacuum, sapu laa cemane pun tetap diorg akan gatal merenyam satu badan. ditambah lagi bila ada anak2 kecik ni memang jenuh laaa kalo nak berkapet manjang. diorang makan ke minum ke abis sepah-tumpah satu rumah. sape yang ada anak kecik tapi pakai kapet kat umah memang aku salute laa... rajin benoo kome yer! (^_^)

k la, maleh tulis pjg2. aku sendirik pun maleh nak taip pepanjang apatah lagi engkorang yang nak membaca yer tak? huhii...



 macam biasa. memula kena nengok barang2-apa-patut-ada dulu... hero utama mesti arr tikar evamate. korang tau tak tikar evamate tu apa? tu yang kaler kuning corak2 katun kat atas tu contohnya. seketui tikar tu rm10 jer.. bersepah orang jual especially kedai kapet pakistan.

heroin dia pulak seketui wallpaper corak ikut selera sendirik. sediakan jugak pengapit diorang iaitu binding tape. binding tape ni byk tempat ada jual. kedai stationary, hardware, hypermaket, mini maket, etc, etc.. kaler ikut tema yang korang pilih.



 ni tikar evamate yang aku nak transfrom. sebelum ni guna dua keping untuk satu ruang tamu. susun memanjang gitu. [sila abaikan budak kecik terkangkang tu. suruh ketepi tamau pulak dia].



 ni keadaan tikar yang dah nazak. abis dikoyak bebudak. tok laki dah lagu2 soh buang lama dah tapi aku hold dulu. semata sebab projek ni ler... hihi



 proses buat mendalah ni aku tak ambik gambo sgt sebab buat keje sensorang. buat laju2 nak kasik cepat siap. tak nyabo nak nengok hasil katanya. ditambah takut budak kecik bangun nak nenen pun yer jugak. kang terbengkalai terus kang projek aku. eksaited nak nunjuk hasil kat tok laki pun ada jugak tu. time buat ni tok laki ada jer dok depan tv...

memula proses, dua ketui tikar tadi aku cantumkan sisi bertemu sisi. sebabnya aku nak dapatkan saiz yang lebar dan tak terlalu panjang. cara cantum, macam kat atas tu. silotepkan ajer atas bawah guna binding tape. gambar kat atas tu view bahagian bawah tikar.



 jangan lupa repairkan jugak bahagian yang koyak rabak tu dulu. pun aku tampalkan ajer guna binding tape. nape aku tampal guna tape ni berbanding tape lain? sebab tape ni lebih kuat dan kukuh. dan jugak tebal.

lepas dah cantum dan repair yang koyak, mulakan laaa proses tampal wallpaper sebaris demi sebaris sampai siap [sorry takde pic pulak untuk proses ni]. sebelum tu, if tikar korang tak sama panjang, potong la sket kasi repair. dah cun sama dan ikut saiz lebar & panjang yang korang nak, baru mulakan proses me-wallpaper-kan tikar tersebut.



 lepas dah siap semua, kemaskan tepi2 tikar guna binding tape. nak nampak cantik, beli tape ikut tema wallpaper yang korang pilih. baru nampak semmart! aku guna binding tape kaler silver sebab wallpaper aku kaler grey. sebelum tampal ukur & tanda dulu guna pen/pensel & pembaris. tujuannya supaya boarder korang tak senget-benget.



 so, tadaaaa!

ni laaa hasilnya yang dah siap. nampak macam kapet tak? nampak mahal tak? hihi.. (^_^)



guna tikar ni lebih senang nak urus. wallpaper tu pun kalis air so takyah nak risau anak2 tumpahkan air atas tu. aku baru sehari semalam guna dah tumpah air bape kali atas tu. makanan terabur lagi takyah citer. tapi, tak kisah. mak senyum jer amik kain lap. tak yah risau makanan sangkut kat celah2 ke... tikar jadik basah sebab air tumpah ke... nak pijak pun rasa best jer sebab tak licin langsung. 

serius teruja weyy! anak2 pun sama teruja macam maknya. diorang asyik dok nak golek2 jer atas ni. yang si kecik siap dok mentido siang kat sini. 



nah aku kasik lanje sket pic ruang tamu lepas ada kapet tipu ni. memang best giler wey!

tambah bonus sebab takyah risau warna jadik kusam lepas dah kena pijak2.


overall, tok laki ai puas hati howkeh! (^____^)



owh, btw.. untuk projek ni aku cuma guna segulung wallpaper kaison (RM19.90) + 3 roll binding tape (RM4.00 x 3 roll). 



k, tu jer nak share.


babai!


Monday 23 May 2016

Laundry Area: Simple Deko


salam & hye...

ni rentetan dari keje mengecat aritu. bila keje mengecat kat area dapur ni dah setel rasa rajin pulak nak deko2 sket certain area. antaranya area laundry. semua barang guna yang sedia ada. takde kos membeli buat masa ni untuk area ni. 

maleh tulis pepanjang, moh layan gambo deko.. (^__^)




 sebelum tu nak kasitau, area laundry aku nih sejemput jer. tu pun laluan nak ke bilik air no. 2. betul2 berdepan dgn bilik nombor 3 aka bilik stor / bilik tetamu. keadaan asal area ni penah aku kongsikan sebelum nih dalam Laudry Area Make-Over dulu.




SEBELUM
 ni keadaan terawal area ni. masa ni baru2 siap projek make-over area ni. kosong takde pape deko. 

sebelum nih aku ada penah gantung baldi jenis tin kecik2 kat bawah para tu. ada aku kongsi dalam ENTRY ni. guna untuk letak duit syiling or butang2 tercabut atau apa2 yang kecik2 time sesi mendobi. tak sampai sebulan guna habis berterabur baldi2 tu sume sebab gam penyangkut tak kuat. kejap jer dah tercabut. bila dah jadi gitu terus je laju2 tok laki kata takyah pasang lagi. nampak buruk. sabooo jer laaa puan bini mendengonyer...



 para kat atas mesin basuh tu laa yang aku penah berhutang entry dulu. sampai ke-sudah tak pun aku sharekan entry nya. sebabnya, nengok jer laa tu. tunggang langgang. actually byk sgt idea deko dalam kepala. barang2 pun dah beli dulu tapi sampai ke-sudah tak siap2. makanya, takde laaa entry pasal para letak sabun2 tu semua. hihi... dan keadaannya pun togel saje begitu..





SELEPAS
 tapi, sejak aku cat semula dinding kat area ni, rasa rajin pulak nak deko sket kat sini. deko simple jer. guna barang sedia ada.

ni view keseluruhan area. abaikan baju2 kotor dalam bakul, kotak coklat, dan lain2 tu... (^_^)



 area ni gelap sket sebab kurang dapat cahaya matahari. lagipun aku tak pasang lampu kat atas syiling kat area ni walaupun wiring dah sedia ada. reason tak pasang dulu sebab nak jimat kos beli lampu. hihih.. :p











tu jer deko yang ada. kalau ada tambahan 'perangkap habuk' lagi, lenkali aku share k. bak kata tok laki, ni bunga2 & frame2 banyak2 ni buat kumpul habuk jer. 

haihhh...nak melawa sket pun tabole...


k, lah. bai!


Friday 20 May 2016

Idea Deko: Eh Cantik Pulak Dinding Hitam..


salam & hye..

tadi pegi makan lunch kat kedai ni. kedai makan featuring kedai roti+kek. lama tak masuk sini. sebelum2 ni design kedai ni ala2 english style. dinding kaler putih. kabinet, meja makan, kosi sume laa kaler putih. tapi harini datang nampak lain giler kedai ni. dari luar dah terdetik, eh smart pulak kedai ni kaler hitam combine dgn signboard kedai warna putih. bila dah kat depan pintu baru perasan yang kedai ni dah tukar kaler. all in black! bold!

bila masuk je dalam terus rasa waaaaaaaaaaaaahhhhhh.......

tak penah2 aku pegi memana tempat dok kemaruk amik gambo sana sini. tapi dalam kedai ni tetiba terasa nak ambik gambo plak. lagi2 lampu gantung dia. lawa dow!

jom arr aku share sket gambo yang aku dah amik.




lampu gantung ni nampak stylo kat mata aku.



 amik lagi gambo lampu manyak2



 lorong dalam kedai. walaupun dinding hitam legam tapi bila pandai di-deko memang ohsem jadiknya.



 eh ter-zoom roti pulak! (^_^)



 pintu masuk. aku dari dulu memang aim pintu umah cenggini. smart wooo... nampak mewah dgn konsep english. pintu kaler hitam dgn pemegang pintu saiz giant warna keemasan. walllahhh! dapat berangan pun jadik laaaa...



 lagi deko kedai



 serve sudu+garpu+pisau+tisu dalam kole tin. 



 makanan with view kedai kat belakang



makanan sahaja. hihih!


memang betullah kata orang..
hitam tu menawan..


k, bai!

Thursday 19 May 2016

Ruang Makan / Dining Area: Kerja Mengecat Selesai!


salam & hye..

bermula dari niat aku dalam entry INI pada 15 Mac 2016.
berlarut pulak pada pegi beli cat dalam entri INI pada 12 April 2016.
finally, settle jugak kerja2 mengecat kat ruang makan seciput aku ni.
tarikh projek ni selesai tepat pada 14 Mei 2016.

so...

korang nampak tarikh2 tu?
punya lama aku punya keje nak settle.
makan 2 bulan ko!
padahal nak ngecat jer pun.
banyak benoooo membela siput haku nih!
hihuuu....


takpelaa...kira finally aku laksanakan jugak niat tu.
yang penting nawaitu.
seterusnya usaha....ikut kemampuan
maka dapatlaa hasilnya..
yang paling best, dia punya kemaruk mengecat tu..
dari kan dua dinding jer yang nak dicat masa planning asal
sudahnya habis satu dapur aku kerjakan
haahh! kemaruk ke tak kemaruk?
kihkihkih..


k lah, jom layan gambar sebelum dan selepas
ntah dah jadik apa dgn dinding rumah aku ni pun tatau laaa....
yang penting, warna kuning yang boring giler ni dah lenyap dari pandangan mata aku 
hahahh!



 sebelum


selepas




 sebelum


selepas


selepas




 sebelum


selepas




 sebelum


selepas




sebelum


selepas




 sebelum


 selepas




[dinding masih kosong. ntah gaya caner nak deko aku pun tader idea skang nih!]
k, lah. bai!


Monday 16 May 2016

Teacher's Day: DIY Teacher's Gift For Kindergarten


salam & hye...

tajuk nak homputeh. tak bole blah. phuiiii!

hari ni 16 May 2016 bersamaan dengan Hari Guru. 

first thing aku nak wish selamat hari guru buat semua guru2 kat Malaysia especially guru2 di tadika kemas FSW, SKSM, SASM, SMSJ, KTBYPJ, UTM & UTMSpace.....

harini jugak tahun pertama anak aku sambut hari guru. bermakna tahun pertama untuk dia bagi some appreciation gift kat teacher dia. ekceli bukan anak aku pun yang eksaited. dia pun muka blur je tak paham pape bila aku tanya "hari guru nanti Ammar nak bagi apa kat teacher?". tah hape hari guru tu pun dia masih tapaham pun lagi. makanya, semua benda maknyerr laa jugak yang tolong sediakan. dah beso besok buat sendirik hokeh! barula feel dia punya 'appreciation' tu. kan? 

since ni 1st time untuk aku & Ammar makanya maknyerr ni yang lebih2 teruja nak bagi gift apa kat teacher. puas dok gugel2 sana sini carik idea. ramai jer bagi jam Rusch IKEA tu.. set sudiplaa... frame berkaki tu laa (ntah hape nama aku tatau). yang penting ada signature IKEA tu lah. huhu.. tak kesah laa kan, yang penting keikhlasan nak beri tu. supaya anak2 lebih berkat belajar dgn guru2 mereka, lebih mudah terima ilmu, lebih mudah faham dan yang penting mudah hadam dan jadikan tiap2 ilmu yang baik tu amalan dan panduan dalam hidup. panjang lagi perjalanan idup diorang kat muka bumi ni. insya-Allah kalo dipanjangkan umur..

untuk teacher's gift kali pertama ni aku just bagi dalam bentuk makanan jer. ada 2 sebab nape aku pilih makanan. pertama: anak aku baru umo 5 tawun. nama pun budak tadika kan.. sesuai laaa kan dia bagi makanan kat cikgu. dulu2 time kita skola pun bagi cekelat laa... kek laa... kat cikgu kita. kan? kan? jarang arrr nak bagi pinggan mangkuk kot.. sebab kedua: tawun depan anak aku masih ada kat skola tu. so, ada chance lagi laaa kalo nak bagi gift yang better sket tawun depan. kira tawun ni as 'starter kit' jer laaa.... hihi

k lah, maleh bebel panjang2. jom nengok apa yang aku dah DIY kan as Teacher's Day gift yang pertama ni.. macam biasaa... starting kena nengok bahan2 dulu..

jom cekidout~



 ni barang2 yang aku guna. botol2 tu beli kat Mr. DIY rm2.50 seketoi. tu saiz panjang. ada saiz pendek harga dalam singgit lebih kot.. beg kertas (warna coklat), printed label guna kertas A4 biasa, gunting (takde dalam gambar), siletip jernih saiz lebar, double tape dan hero utama: makanan2 berbentuk cekelat2.. hihi



 printed label2 ni aku just gugel jer dari internet. pilih yang berkenan, transfer ke words then print kat kertas A4. since kertas ni mudah terkoyak so aku DIY ala2 laminate la atas kertas tu guna siletep jernih macam kat atas ni.



 ada 2 cara nak buat. pertama: gunting dulu label then baru siletep or kedua: siletep dulu semua permukaan kertas A4 then baru gunting label. aku pilih cara kedua sebab lebih mudah. cara pertama kena gunting 2 kali dan lebih leceh.



 ni hasil label yang dah di-siletep ala2 laminate dan dah siap digunting. mudah dan jimat. 



 untuk label bulat ni aku buat 2 saiz. satu saiz kecik sikit untuk tampal kat atas penutup botol macam kat pic atas tu. cara tampal atas ni aku just guna double sided tape aje...



 ni label ke-2 yang aku print. label yang ni untuk ditampal pada body botol. guna konsep yang sama jugak. print kat kertas A4 then laminate guna siletep dan gunting. siap!



 ni hasil lepas ditampal. not bad hurh? (^_^)



 rupa keseluruhan botol yang dah ready untuk disumbat segala isi perutnya.....



 ni isi perut botol. nampak apa yang aku cuba tonjolkan? ye M&M.... aku tiru idea dari gugel. hero utama dalam gift ni ialah M&M tu. coklat M&M untuk teacher2 yang Magnificient & Marvellous. 
wallllllahhh!!



 ni rupa bentuk gift lepas dah siap masuk dalam beg kertas. memula aku try ikat riben kat botol tapi macam tak semenggah jer kejadiannya. terus aku cancel. biar togel gitu je botol tu. nampak macho sket. baru ada gaya gift dari budak lelaki. ye dok? hihi...



 zoom dekat sket.


jauh sket.



total kos untuk 6 ketul gift:

botol: rm 2.50 x 6                    = rm 15.00
siletep:                                     = rm  4.50
beg kertas: rm 1.60 x 5            = rm  8.00
coklat m&m: rm 2.30 x 12       = rm 27.60
coklat snickers:                         = rm 13.99 (satu pek ada 12 ketul)
gula2 choclaires:                       = rm 6.09 (satu pek ngam2 ada 24 biji)
kertas A4:                                  = free dari ofis
kos printing:                              = free dari ofis
gunting:                                     = memang ada
double tape:                               = memang dah ada
TOTAL                                     = rm 75.18




total kos untuk seketoi botol gift pack :    rm 12.53



murah ke murah?

mahal ke murah?


hihiihh...




k, bai!