Monday 1 February 2016

Bilik No. 1: Susunatur Pakaian Dalam Almari (Part II)


salam & hye..
moh ler kiter pulang ke pangkal jalan.
kiter ceciter pasal susunatur balik la plak ekk.. (Johor sangat ni ber 'ekk' 'ekk'.. kiki)

kali ni aku nak citer sambungan dari ENTRY aku sebelum ni.
pasal kisah almari berkulat kat bilik no. 1 @ master bedroom.
bilik tidur aku ler tu..
kat bawah ni haa almarinya..
aku kasi refresh sket kisah almari tu..
moh ler kiter..



ni almari yang kitorang somi-isteri guna since 1-2 tahun yang lepas.
drawer pendek tempat simpan baju bajan aku.
almari coklat yang tinggi tempat simpan baju bajan incik asben.
tak pasti sejak bila almari incik asben mula berkulat.
bahagian luar ok tapi bahagian dalam (kat area pintu almari) berkulat.
makin lama makin banyak.
dan almari start berbau masam..
mungkin sebab keadaan lembab atau kayu almari tu yang tak tahan.
yang drawer baju aku alhamdulillah ok. cuma ada sikit2 je la kat bahagian luar tepi tu.


selain masalah kulat, satu lagi masalah aku ialah keadaan kat atas drawer baju aku tu.
bersepah giler kott!! even dah macam2 cara dah aku kemas.
makin dikemas makin sepah dan makin banyak barang kat atas tu.
sampai dah takde nampak surface almari langsung.
haihhh......~


disebabkan dah sakit hati, sakit mata, sakit jiwa menengok keadaan macam tu, maka aku pun nekad rombak terus susunatur almari2 ni.
gigih ngko!



okeh, lepas puas fikir dan ukur sana sini maka ni final desicion aku.
drawer baju bajan aku dah selamat aku alihkan ke ruang tamu.
jadi ala2 console table la kengkonon tapi versi ala2 rumah omputih punya idea (lain entry aku share pasal drawer ni yer..)
so lokasi asal drawer baju aku dah pun aku gantikan dengan sliding wardrobe. kat atas ni rupa wardrobe nya. ngam2 sama tinggi dengan almari baju incik asben kat sebelah tu.


wardrobe ni sebenarnya aku beli dah lama. lama giler kot. time tu baru masuk tahun ke-2 kitorang kawen kot. saja beli untuk letak kat bilik no. 2 sebab murah & nampak kukuh.
sebelum2 ni almari ni buat guna simpan macam2 khazanah especially bantal2 extra & toto2. since aku asik ubah sana sini susunatur dan lokasi barang2 dalam rumah ni (lokasi ruang storan toto2 & bantal2 bole refer SINI), end up wardrobe ni jadik tempat simpan stroller (kisah stroller bole refer SINI). hujung tahun lepas aku dah pun selamat sedekahkan stroller tu kat kawan aku yang baru bersalin anak pertama, so wardrobe ni kosong tak digunakan.


dah alang2 aku ubah almari ni masuk dalam bilik kitorang, so aku kemas laa skali isi2 perutnya semua. ubah2 sket ikut kesesuaian. dan cuba adjust susunatur almari supaya tak diserang kulat lagi akan datang. moh lerr korang aku kongsikan cara susunatur baju bajan kitorang somi-isteri dalam almari2 ni.. mana tau bole bagi ilham & idea kat kengkorang.. ye dak?


untuk mudah faham, aku ada letak nombor2 dalam gmbar atas tu. nombor2 tu mewakili isi perut masing2 dalam gambar kat bawah2 ni nanti yer..



ni isi perut dalam sliding wardrobe. ni pintu belah kiri. aku labelkan as 1a. kat sini aku gantungkan semua baju2 melayu & baju2 kemeja kerja incik asben. 

tips nak nampak kemas: guna hanger yang sama warna dan saiz dan bentuk untuk semua baju2 yang digantung.



ni pun sliding wardrobe juga. tapi pintu belah kanan. aku labelkan as 1b. kat bahagian ni aku susunkan semua jaket2 & sweater2 incik asben. ada 2 helai sweater aku punya. pun aku selitkan gantung skali kat situ. ada sikit ruang kosong kat bawah tu aku susunkan kotak2. kotak hitam tu album kawen kitorang, kotak hijau tu kotak songkok incik asben dan kotak kuning tu buat isi surah2 yassin mini, al-mathurat, tasbih, kompas kiblat, bla, bla, bla...

tips nak nampak kemas: susun ikut panjang/labuh baju. susun yang paling panjang tepi sekali seterusnya sampai yang paling pendek.



 
ni pulak isi perut dalam almari baju incik asben yang asal. aku labelkan as 2. almari ni yang ada masalah kulat dan area sini yang paling ketara. masalah kulat tu dah pun aku setelkan dengan serai wangi. caranya: aku spraykan serai wangi kat kain then lapkan kat seluruh bahagian almari especially kawasan yang berkulat. setakat hari entry ni aku tulis (hari ni laa..) belum nampak ada tanda2 kulat nak tumbuh. hihi... tapi untuk long term, aku dah decide siap2 taknak gantung baju bajan kat dalam almari ni. so kat atas ni solusi aku. 

yang bergantung warna biru cerah kat paling kiri almari tu sebenarnya jaket2/sweater/blazer incik asben yang dah tak dipakai tapi masih beliau sayang. untuk elakkan rosak, aku basuh semula semua baju2 tu then simpan dalam non-woven anti-dust cover before gantung. cover baju2 tu aku beli kat Mr. DIY jer. harga tak ingat dah bape..

dua ketul rak gantung tu pun aku beli kat Mr. DIY gak. harga tak sampai RM20.00 seketoi. nak beli ikea punya mahal giler. RM40++ seketoi. tak berbaloi rasa. rak2 gantung tu aku guna buat simpan pakaian2 'kecik' kitorang. bra, panties, spender, stokin, sapu tangan, singlet, etc. etc. area tu masih perlu penambahbaikan lagi. buat sikit2 time rajin. nanti dah betul2 better, aku kongsi lagi yerk.. bahagian bawah rak gantung aku bubuh dua ketul drawer plastik. yang paling hujung tu drawer tudung2 aku. (penah dikongsi DISINI). yang tengah tu drawer buat isi perkakas harian kitorang macam sikat, deodorant, sepit kuku, minyak wangi, cotton buds, etc., etc., etc.. 

sebenarnya ada lagi seketul drawer plastik saiz kecik kat tepi tu. terlindung oleh tabung kepala chipmunk. dalam drawer tu tempat aku simpan pin2 tudung, peniti, button yang tercabut dari baju/seluar, bla, bla, bla...



ni bahagian pintu lagi satu almari asal incik asben. aku labelkan as 3. area ni masih aku kekalkan corak susunaturnya. dua bahagian yang atas untuk t-shirt2 dan satu bahagian yang bawah untuk seluar kat rumah & jeans bawak jalan2. belum ada idea nak ubah / penambahbaikan. tambahan lagi, ni kawasan jajahan incik asben. kang aku bikin susunatur pelik2 sangat yang menyusahkan beliau, mau kena bising karang. since dia dah biasa beberapa tahun cenggini, maka aku biarkan jer.. aku just lap2 je sikit pintunya dengan serai wangi. harap2 tak berkulat dah pasni. 

abaikan susunatur yang tak bape nak tersusun tu. susah nak maintain since incik asben handle ambik baju sendirik. tau2 jer laaa org lelaki punya pe'el cemane kan. no comment please! kikiki.. (^_^)



okeh, ni drawer kat bahagian bawah sliding wardrobe. aku labelkan sebagai 4. dalam drawer ni tempat simpan baju2 basahan aku kat rumah @ short sleeve shirt. aku kekalkan kaedah susunan menegak gini sama macam dalam drawer asal aku sebab lebih mudah nak manage.

tips nak nampak kemas: buat divider kat setiap lorong2 susunan baju/pakaian dan susun ikut warna baju/pakaian.



ni pun drawer kat bahagian bawah sliding wardrobe. drawer ni aku labelkan as 5. lokasi dia betul2 kat bawah drawer no. 4. dalam drawer ni pulak tempat simpan kemeja2 kerja, dresses, blouses, long sleeve shirt, etc., etc., etc.. kaedah susunan yang sama jugak.



ni pintu kecik betul2 kat sebelah drawer 4 & 5. aku labelkan as 6. dalam ruang ni aku susunkan seluar2 kerja incik asben. aku asingkan seluar2 jalan/rumah dengan seluar2 kerja sebab seluar2 kat area ni aku yang manage. sebab apa aku yang manage? sebab seluar2 ni takkan aku bagi incik asben pakai selagi tak digosok. 

aku tengah survey storage box yang sesuai untuk saiz ruang ni for better organizing. belum jumpa lagi buat masa ni. so far biar jer laa begitu. lalala~



lokasi drawer ke-7 dan ke-8 betul2 kat bawah almari lama incik asben yang diserang kulat. ni drawer no. 7. aku gunakan ruang ni untuk susun segala mak nenek seluar aku. dari seluar tido, seluar jalan sampailah ke seluar kerja. susunan agak huru hara untuk seluar2 ni since aku malas nak buat divider kat setiap lorong susunan. kes dah malas ler ni. hahah!



ni drawer ke-8. tengok isi tu pun dah tau kan apa... yerrr aku buat simpan baju2 kurung. aku tak banyak koleksi baju kurung sebab jarang sgt dipakai. lebih selesa pakai seluar pegi kerja. ada jugak aku selit selai dua kain batik buat standby. tak pakai pun. kain batik guna time dalam pantang jer. 



ni ruang kecik terakhir. aku labelkan sebagai 9. saiz ruang sama macam ruang yang aku labelkan 6 kat atas tu. kat ruang ni aku susunkan tuala2 mandi kitorang dan selai dua kain pelekat incik asben. 

pun dalam proses mencarik storage box yang sesuai jugak (if jumpa laa..)




ok laa...so far tu jer laa kot susunatur yang aku nak kongsi.
takde ler kemas mana pun. 
tapi boley laa nak buat hadap hari2.
yang penting senang nak manage.
dah tak sakit mata dengan macam2 benda atas drawer lagi dah pasni.
masalah kulat pun aku dah tak bape nak risau sangat.
hopefully dapat maintain laaa camni.
masih ada sikit2 touch-up nak buat.
kasi kayuh slow2..
kot kalau ada idea yang best kang aku share lagi nanti2 ekk..


k, babai!
adios~


3 comments:

  1. tips untuk sweater tu menarik...
    selama ni dok buat jg tanpa sedar kelebihannya.. :)

    ReplyDelete
  2. Kemasnya..

    Kami punya almari nak kena sort jugak..
    Mana yang tak nak, nak kena kemaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kemas mana pun cik hani... nak pindahkan baju2 dari drawer masuk dalam almari ni pun amik masa berminggu2. kikiki..

      Delete