Monday 29 February 2016

Mengurus Surat, Resit & Bill2 Utiliti


salam & hye..

dah alang2 saka rajin hapdet blog merasuk ni moh ler kita hapdet blog laju2. hihihi...
hari ni kita layan caner aku urus segala surat2, resit2 dan bill2 utiliti kat dalam rumah ni.
jommm!



ni sudut segala surat2 terkumpul. segala jenis surat, resit, bill2 astro-api-air-indah water-cukai tanah-cukai harta, kad jemputan yang kitorang dapat akan disumbat dalam sini. tempat surat ni dah wujud sejak tawun pertama kitorang kawen. hadiah dari ex-ofismate masa dia ke bangkok dulu. banyak berjasa tempat surat ni kat kitorang.

tu ko tengok tuuu.... dah sampai nak termuntah isi perutnya sebab kitorang main sumbat jer semua dalam tu. aku rasa dekat nak setahun jugak laaa tak buat sorting.

disebabkan dah sarat giler isi perut tempat surat ni sampai dah tak muat nak sumbat surat-bil-resit yang baru di tambah dengan sound2 tak best dari en. asben makanya dengan berat hati-jantung-limpa-hempedu-ginjal aku buat laa kemas kini. sobsobsob.. 
*heret kaki..



haahhh! hambik selambak surat2-bil-resit nak kena sort. sobsobsob.. 
*heret tangan..



first thing first, aku asingkan dulu segala surat-bil-resit ikut kategori. kategori tu maknanya, kalau surat dari bank, aku asingkan ikut nama bank dan ikut tujuan surat. contohnya: RHB bank. aku ada terlibat dalam 2 perkara dengan RHB bank. satu loan ASB dan satu lagi personal loan. so aku asingkan kedua2nya walaupun dari bank yang sama. dan aku asingkan jugak ikut penama surat. kalau surat tu dari company yg sama tapi penama yang berlainan, aku asingkan. Contohnya surat dari Prudential. satu atas nama aku dan satu lagi atas nama anak bujang kecik: Ammar. maka aku asingkan siap2 ikut penama.

tujuan aku asingkan supaya mudah nak urus dan simpan dalam fail2 mereka sendiri.



then, aku susunkan tiap satunya ikut tarikh. tarikh yang paling latest akan berada paling atas sekali. tujuannya supaya senang nak trace kalau2 ada payment yang missed. contohnya: aku bayar keta potong direct dari akaun. so susah nak tau if bank dah potong atau tak dari akaun. kalau guna hong leong bank, tiap2 bulan dia akan bagi statement bayaran. so, susun ikut tarikh camni sgt memudahkan urusan semakan. perrhhh...skema sungguh ayat haku!



lepas dah susun ikut tarikh, tebuk lubang dan simpan dalam fail. aku sediakan satu fail untuk setiap kategori surat. memang tak dicampur aduk. ulang proses yang sama untuk tiap2 kategori surat yang ada.



aku guna fail kertas ni jer untuk urusan simpanan segala surat-bil-resit. tak payah guna yang mahal2 jenis box file bagai tu. fail ni dah 2-3 tahun pun aku guna masih tak penuh pun lagi isinya. separuh pun tak sampai. dalam sebulan cuma dapat selai jer statement. kalo setahun baru ada 12 lai. mau 10 tahun lagi pun belum tentu penuh2 jugak rasa ni. huhiii... 

jangan tanya nape muka depan fail kosong togel jer. aku malas nak buat label pasal aku sorang je pun nak hadap menda2 ni. takyah nak nyusah2 diri nak gugel template2 label tu semua. kahkah!



time aku buat sorting ni ada kategori surat yang tak dapat nak setel lagi sebab fail tak cukup. surat2 ni baru wujud hujung tahun lepas sejak2 aku & en. asben join CWA cimb. so tunggu laa aku pegi beli fail lagi nanti baru aku masukkan dalam fail baru. buat masa ni aku just selit-tumpangkan jer dalam fail sedia ada supaya tak berterabur.



aku jugak ada sediakan satu fail plastik ni. dalam fail ni untuk un-categorize item. contohnya: resit khairat kematian or polisi insuran keta. aku malas nak buatkan fail untuk menda2 cenggini sebab bayaran cuma berlaku setahun sekali jer. cukup hujung tahun kang ke tong sampah jugak peginya. tak yah nak membazir sangat kat menda yang kita tau takde datang pekdah. ye dak? kikiki...



so, ni laaa rupanya lepas dah siap segala keje2 sorting tu semua. senang jerr benonyer tapi kalo dah rasa malas tu dah naik sampai kat kepala, menda senang pun tak rasa nak buat weyh! cayoo laa cakap den ni haa..



dah siap keje2 sorting, jangan lupa buang sampul2 surat yang tak guna tu. kad2 jemputan yang dah expired pun toksah laa nak simpan lagi. buat semak rumah jer. humban kan ajer dalam tong sampah nu haa..



so skang tempat surat ni dah kosong balik. yang tinggal kat situ cuma bill2 yang masih pending. tunggu turn untuk dibayar. pasni kita kumpul lagi sampai penuh baru buat keje sorting lagi k! kihkihkih...
*heret mulut buat muka senyum



eh, lupa plak,
sebelum chow, meh nengok kat mana aku simpan semua fail2 tadi..


tadaa! kat atas tu haaa....







k, lah. tu jer share untuk kali ni.
babai!!


Wednesday 24 February 2016

Kisah Rak Pengering Pinggan Mangkuk


salam & hye.

ehh rajin pulakkk nak story-mory pasal susunatur.
datang dah saka rajin hapdet blog.
kikiki...

apa nak citer arini?
owwwhh kisah rak pengering pinggan mangkuk.
rasanya ni 2 minggu lepas punya projek kot.
jomm citer ikut gambar..



ni rak pengering yang asal. dah 5 tahun pakai rak ni. beli kat jusco guna gift voucher company bagi masa kawen. structure dia masih kukuh. cuma dah mula berkarat2. nama jer stainless steel. krikkk... kriikkk...



karat di sana sini. penat dah sental guna macam2 cara.



bekas utensil set dapat sekali masa beli rak ni. pun dah berkarat2.



karat lagii....

lately ni aku memang ada terfikir nak tukar rak ni dgn yang baru. tapi masih dalam perancangan jenis macam mana yang lebih praktikal. terfikir nak guna yang plastik jer since malas nak handle masalah karat2 lagi. cuma tak decide lagi nak guna style rak macam ni lagi atau guna style bakul jer. hari2 dok usha bakul pengering ikea yang putih tu. krikk... krikk..

sampai laaa aritu aku ambik cuti sebab jaga si bayi demam. time tengah kemas2 dapur aku terpandang sekor makhluk berenang2 kat alas rak ni. jentik2 hokeh!! aku memang cukup berbulu dengan makhluk ni. baru jer 3-4 hari lepas bersihkan alas rak ni. sempat lagi dia membiak. tak tunggu lagi dan2 tu jugak aku terus laju2 carik idea nak tukar terus rak ni. ai is malassss hokey asyik keje nak bersihkan alas ni jer. dah ler leceh nak angkat2 alihkan raknya.

tengah dok fikir2 bekas apa nak guna untuk ganti rak ni tetiba aku teringat kat seketul bakul merah aku dapat dalam hamper CNY 2-3 tahun lepas. so far tak guna sangat pun bakul tu. terus laju2 aku buat projek. kebetulan en.asben takde time ni. (aku ni memang suka buat keje underground time asben takde kan. kikikiii..)



1st thing, alihkan dulu rak & bersihkan area terlibat. rak tadi dah selamat aku cabut skrunya dan bukak jadik sekeping2. pastu laju2 sumbat dalam plastik. malas nak nengok lagi dah. krikkk... krikk...



kat area dinding pun lap bersihkan jugak.



pastu letak bakul merah yang aku cakap tadi. sebelum tu bakul ni aku cuci bersih2 dulu. since tak pernah digunakan so memang tebal laa habuk kat celah2 dia tu. kat bahagian bawah bakul ni aku alaskan dengan t-shirt lama yang tak pakai supaya air tak bertakung kat atas table top. 



bakul ni quite besar. just nice laa letak kat area rak pinggan yang lama tu. tak terlalu kecik dan tak jugak terlalu besar. kedalaman bakul pun memuaskan hati aku. memula fikir macam nak guna untuk sementara jer bakul ni before aku beli bakul pengering yang proper. tapi nengokkan gaya macam guna jer yang ni kot. tak yah nak membazir sgt lah!



kain alas kat bawah tu sementara jer. nanti2 ada masa aku nak gi Mr. DIY atau Daiso. nak carik dulang saiz besar sket untuk lapik kat bawah bakul tu. buat sementara ni guna camni jer dulu. yang penting kena selalu pastikan yang kawasan tu sentiasa kering. so far ok. puas hati.

dalam bakul tu aku ada letak bekas untuk isi utensil yang baru dibasuh. aku tak guna bekas utensil yang dari rak lama tu since bekas tu pun dah berkarat. 



untuk utensil, buat sementara aku guna bekas ni jer. puas menggali bekas2 plastik yang ada dalam kabinet tapi takde satu pun yang sesuai. end up aku guna bekas travel box johnson&johnson ni. dari terbiar tak pakai eloklah aku ambik & guna. bekas ni ada penutupnya if sesape yang biasa beli travel box ni. penutupnya aku gunting jer. 

so far ok jer guna ni cuma takde lubang2 untuk aliran air keluar. nak kena rajin buang airnya supaya takde lagi masalah jentik2 kat rumah. terfikir nak tebuk lubang2 kat bawah bekas ni untuk aliran air. tengoklah hujung minggu ni aku buat kalau rajin. krikkk... krikkk.




actually, aku tengah carik idea nak upgrade sket area ni since ada ruang2 kosong kat dinding. tengah imagine2 macam mana nak maximize kan penggunaan ruang. al-maklumlah kc cuma sekangkang kera. buat masa ni aku selesa jer camni. dah tak sakit mata lagi nengok rak berkarat2. since guna bakul ni area table top nampak makin luas pulak. hehe... kot kang kalau aku ada buat upgrading kat area ni nanti aku sharekan lagi yerr..


ok laa tu jer..
bubbye!






Monday 22 February 2016

Ruang Storan Tambahan Di Dapur


salam & hye!

lama tak bersiaran
tenggelam2 timbul ajer dah sekarang ni. hihi
sebenarnya ada jer proses susunatur berlangsung kat rumah tu cuma malas bebenor nak haplod dan citer
kadang tak sempat nak citer dah berterabur semula
neverending story....... haihh~

harini nak kongsi sikit jer
tak banyak
pasal ruang storan

aku ni sebenarnya heran dgn rumah aku ni
nak kata ramai manusia tinggal kat dalamnya tak jugak
setakat ni cuma ada 2 ketul dewasa dan 2 ketul kanak2 comel
tapi walaupun aku dah sediakan ruang storan kat bilik no. 3, tetapppp jugak tak mampu nak menampung segala mak nenek barang yang ada
ada yang menumpang kah?
jenggg... jenggg... jengggggg...!

kikiki gimik jer tu...
takde apa pun rumah aku ni
alhamdulillah..
cuma tu lah.. makin dikemas makin byk barang jadinya
tak tau laa aku dari mana datangnya
hmmmmm....mungkin nak kena buat sorting semula
dah lama sgt aku tak buat keje2 sorting
last buat 2 tawun lepas kot
mungkin sebab tu macam2 barang ntah apa2 yang tak guna masih disimpan

so, sementara keje2 sorting masih belum dilaksana ni, moh ler aku sharekan satu lagi ruang storan dalam rumah yang mungkin ada orang tak terfikir nak letak apa2 kat situ.
atau mungkin ada jer yang memang jadikan tempat tu ruang storan cuma tak proper keadaannya..
jom cekidout!



sila fokus pada ruang kosong atas kitchen kabinet.
selama 5 tahun aku duduk rumah ni tak pernah terlintas langsung nak buat area tu tempat storage barang2
sebab aku rasa macam tak proper letak situ
nampak macam serabut
lagipun dapur aku ni boleh nampak direct jer dari ruang tamu
so,memang tak pernah laa aku letak apa2 kat situ.
sampai laaa aku dah rasa terdesak dgn keadaan rumah yang makin banyak barang (serius tak paham datang dari mana barang2 banyak dalam rumah ni. ehehh!)
seriously aku memang terpaksa guna area ni untuk ruang storan
hopefully untuk sementara
jom nengok caner aku handle supaya tak nampak serabut kat mata



ni dia cara aku
aku guna 3 ketul SKUBB box saiz besar
(sebenonyer box ni tersalah beli. kirim ngan member pastu confiden nak saiz paling besar. sekali hambik kooo!!)
dalam each box tu ada macam2 barang aku sumbat
aku susun cantik2 atas tu pastu kat hujung kiri kanan aku letakkan bunga as penyeri
dah sebulan lebih aku buat ni
time buat tu en. asben takde kat rumah
so cepat2 aku kemaskan
kang kalo nampak ke dia mau kena bising
so far dari hari pertama aku susun atas ni sampai ke hari ni dia belum penah tegur lagi
tak pasti sama ada dia tak perasan atau dia nampak tapi buat tak tau sebab tak nampak serabut kat mata dia
aku rasa kemungkinan yang ke-2 tu betul
nak kata tak nampak macam tak logik laa kalo da hari2 dok kat umah. ye tak?



actually, mana2 part kat sekitar rumah pun boleh jadik ruang storan (jenis bulky storage laa maksud aku). 
asalkan kita tau cara nak handle dan buat penyamaran supaya tak ketara storage tu.
macam dalam kes aku ni...
memang aku tau ramai jer yang guna ruang atas KC tu as tempat simpan barang
especially penggemar2 tupperware
as long as kita tau macam mana nak handle, susun & serikan ruang tu.
macam aku cakap tadi, design rumah aku ni dari ruang tamu boleh nampak dapur
so memang nampak huduh laa kalo main bubuh jer segala atas tu
tu yang nak kena pandai handle.

owh lupa nak bagitau
box SKUBB ni takde menutup
so untuk elakkan haiwan2 perosak esp cicak, lipas & segala sisa2 buangan mereka, bolehlah taburkan ubat gegat dalam box tu. 
tapi untuk bekas2 makanan, jangan lupa masukkan dalam plastik dan ikat dulu before masukkan dalam box tu yer.


ok lah tu jer nak share.
bubbye~

Monday 1 February 2016

Bilik No. 1: Susunatur Pakaian Dalam Almari (Part II)


salam & hye..
moh ler kiter pulang ke pangkal jalan.
kiter ceciter pasal susunatur balik la plak ekk.. (Johor sangat ni ber 'ekk' 'ekk'.. kiki)

kali ni aku nak citer sambungan dari ENTRY aku sebelum ni.
pasal kisah almari berkulat kat bilik no. 1 @ master bedroom.
bilik tidur aku ler tu..
kat bawah ni haa almarinya..
aku kasi refresh sket kisah almari tu..
moh ler kiter..



ni almari yang kitorang somi-isteri guna since 1-2 tahun yang lepas.
drawer pendek tempat simpan baju bajan aku.
almari coklat yang tinggi tempat simpan baju bajan incik asben.
tak pasti sejak bila almari incik asben mula berkulat.
bahagian luar ok tapi bahagian dalam (kat area pintu almari) berkulat.
makin lama makin banyak.
dan almari start berbau masam..
mungkin sebab keadaan lembab atau kayu almari tu yang tak tahan.
yang drawer baju aku alhamdulillah ok. cuma ada sikit2 je la kat bahagian luar tepi tu.


selain masalah kulat, satu lagi masalah aku ialah keadaan kat atas drawer baju aku tu.
bersepah giler kott!! even dah macam2 cara dah aku kemas.
makin dikemas makin sepah dan makin banyak barang kat atas tu.
sampai dah takde nampak surface almari langsung.
haihhh......~


disebabkan dah sakit hati, sakit mata, sakit jiwa menengok keadaan macam tu, maka aku pun nekad rombak terus susunatur almari2 ni.
gigih ngko!



okeh, lepas puas fikir dan ukur sana sini maka ni final desicion aku.
drawer baju bajan aku dah selamat aku alihkan ke ruang tamu.
jadi ala2 console table la kengkonon tapi versi ala2 rumah omputih punya idea (lain entry aku share pasal drawer ni yer..)
so lokasi asal drawer baju aku dah pun aku gantikan dengan sliding wardrobe. kat atas ni rupa wardrobe nya. ngam2 sama tinggi dengan almari baju incik asben kat sebelah tu.


wardrobe ni sebenarnya aku beli dah lama. lama giler kot. time tu baru masuk tahun ke-2 kitorang kawen kot. saja beli untuk letak kat bilik no. 2 sebab murah & nampak kukuh.
sebelum2 ni almari ni buat guna simpan macam2 khazanah especially bantal2 extra & toto2. since aku asik ubah sana sini susunatur dan lokasi barang2 dalam rumah ni (lokasi ruang storan toto2 & bantal2 bole refer SINI), end up wardrobe ni jadik tempat simpan stroller (kisah stroller bole refer SINI). hujung tahun lepas aku dah pun selamat sedekahkan stroller tu kat kawan aku yang baru bersalin anak pertama, so wardrobe ni kosong tak digunakan.


dah alang2 aku ubah almari ni masuk dalam bilik kitorang, so aku kemas laa skali isi2 perutnya semua. ubah2 sket ikut kesesuaian. dan cuba adjust susunatur almari supaya tak diserang kulat lagi akan datang. moh lerr korang aku kongsikan cara susunatur baju bajan kitorang somi-isteri dalam almari2 ni.. mana tau bole bagi ilham & idea kat kengkorang.. ye dak?


untuk mudah faham, aku ada letak nombor2 dalam gmbar atas tu. nombor2 tu mewakili isi perut masing2 dalam gambar kat bawah2 ni nanti yer..



ni isi perut dalam sliding wardrobe. ni pintu belah kiri. aku labelkan as 1a. kat sini aku gantungkan semua baju2 melayu & baju2 kemeja kerja incik asben. 

tips nak nampak kemas: guna hanger yang sama warna dan saiz dan bentuk untuk semua baju2 yang digantung.



ni pun sliding wardrobe juga. tapi pintu belah kanan. aku labelkan as 1b. kat bahagian ni aku susunkan semua jaket2 & sweater2 incik asben. ada 2 helai sweater aku punya. pun aku selitkan gantung skali kat situ. ada sikit ruang kosong kat bawah tu aku susunkan kotak2. kotak hitam tu album kawen kitorang, kotak hijau tu kotak songkok incik asben dan kotak kuning tu buat isi surah2 yassin mini, al-mathurat, tasbih, kompas kiblat, bla, bla, bla...

tips nak nampak kemas: susun ikut panjang/labuh baju. susun yang paling panjang tepi sekali seterusnya sampai yang paling pendek.



 
ni pulak isi perut dalam almari baju incik asben yang asal. aku labelkan as 2. almari ni yang ada masalah kulat dan area sini yang paling ketara. masalah kulat tu dah pun aku setelkan dengan serai wangi. caranya: aku spraykan serai wangi kat kain then lapkan kat seluruh bahagian almari especially kawasan yang berkulat. setakat hari entry ni aku tulis (hari ni laa..) belum nampak ada tanda2 kulat nak tumbuh. hihi... tapi untuk long term, aku dah decide siap2 taknak gantung baju bajan kat dalam almari ni. so kat atas ni solusi aku. 

yang bergantung warna biru cerah kat paling kiri almari tu sebenarnya jaket2/sweater/blazer incik asben yang dah tak dipakai tapi masih beliau sayang. untuk elakkan rosak, aku basuh semula semua baju2 tu then simpan dalam non-woven anti-dust cover before gantung. cover baju2 tu aku beli kat Mr. DIY jer. harga tak ingat dah bape..

dua ketul rak gantung tu pun aku beli kat Mr. DIY gak. harga tak sampai RM20.00 seketoi. nak beli ikea punya mahal giler. RM40++ seketoi. tak berbaloi rasa. rak2 gantung tu aku guna buat simpan pakaian2 'kecik' kitorang. bra, panties, spender, stokin, sapu tangan, singlet, etc. etc. area tu masih perlu penambahbaikan lagi. buat sikit2 time rajin. nanti dah betul2 better, aku kongsi lagi yerk.. bahagian bawah rak gantung aku bubuh dua ketul drawer plastik. yang paling hujung tu drawer tudung2 aku. (penah dikongsi DISINI). yang tengah tu drawer buat isi perkakas harian kitorang macam sikat, deodorant, sepit kuku, minyak wangi, cotton buds, etc., etc., etc.. 

sebenarnya ada lagi seketul drawer plastik saiz kecik kat tepi tu. terlindung oleh tabung kepala chipmunk. dalam drawer tu tempat aku simpan pin2 tudung, peniti, button yang tercabut dari baju/seluar, bla, bla, bla...



ni bahagian pintu lagi satu almari asal incik asben. aku labelkan as 3. area ni masih aku kekalkan corak susunaturnya. dua bahagian yang atas untuk t-shirt2 dan satu bahagian yang bawah untuk seluar kat rumah & jeans bawak jalan2. belum ada idea nak ubah / penambahbaikan. tambahan lagi, ni kawasan jajahan incik asben. kang aku bikin susunatur pelik2 sangat yang menyusahkan beliau, mau kena bising karang. since dia dah biasa beberapa tahun cenggini, maka aku biarkan jer.. aku just lap2 je sikit pintunya dengan serai wangi. harap2 tak berkulat dah pasni. 

abaikan susunatur yang tak bape nak tersusun tu. susah nak maintain since incik asben handle ambik baju sendirik. tau2 jer laaa org lelaki punya pe'el cemane kan. no comment please! kikiki.. (^_^)



okeh, ni drawer kat bahagian bawah sliding wardrobe. aku labelkan sebagai 4. dalam drawer ni tempat simpan baju2 basahan aku kat rumah @ short sleeve shirt. aku kekalkan kaedah susunan menegak gini sama macam dalam drawer asal aku sebab lebih mudah nak manage.

tips nak nampak kemas: buat divider kat setiap lorong2 susunan baju/pakaian dan susun ikut warna baju/pakaian.



ni pun drawer kat bahagian bawah sliding wardrobe. drawer ni aku labelkan as 5. lokasi dia betul2 kat bawah drawer no. 4. dalam drawer ni pulak tempat simpan kemeja2 kerja, dresses, blouses, long sleeve shirt, etc., etc., etc.. kaedah susunan yang sama jugak.



ni pintu kecik betul2 kat sebelah drawer 4 & 5. aku labelkan as 6. dalam ruang ni aku susunkan seluar2 kerja incik asben. aku asingkan seluar2 jalan/rumah dengan seluar2 kerja sebab seluar2 kat area ni aku yang manage. sebab apa aku yang manage? sebab seluar2 ni takkan aku bagi incik asben pakai selagi tak digosok. 

aku tengah survey storage box yang sesuai untuk saiz ruang ni for better organizing. belum jumpa lagi buat masa ni. so far biar jer laa begitu. lalala~



lokasi drawer ke-7 dan ke-8 betul2 kat bawah almari lama incik asben yang diserang kulat. ni drawer no. 7. aku gunakan ruang ni untuk susun segala mak nenek seluar aku. dari seluar tido, seluar jalan sampailah ke seluar kerja. susunan agak huru hara untuk seluar2 ni since aku malas nak buat divider kat setiap lorong susunan. kes dah malas ler ni. hahah!



ni drawer ke-8. tengok isi tu pun dah tau kan apa... yerrr aku buat simpan baju2 kurung. aku tak banyak koleksi baju kurung sebab jarang sgt dipakai. lebih selesa pakai seluar pegi kerja. ada jugak aku selit selai dua kain batik buat standby. tak pakai pun. kain batik guna time dalam pantang jer. 



ni ruang kecik terakhir. aku labelkan sebagai 9. saiz ruang sama macam ruang yang aku labelkan 6 kat atas tu. kat ruang ni aku susunkan tuala2 mandi kitorang dan selai dua kain pelekat incik asben. 

pun dalam proses mencarik storage box yang sesuai jugak (if jumpa laa..)




ok laa...so far tu jer laa kot susunatur yang aku nak kongsi.
takde ler kemas mana pun. 
tapi boley laa nak buat hadap hari2.
yang penting senang nak manage.
dah tak sakit mata dengan macam2 benda atas drawer lagi dah pasni.
masalah kulat pun aku dah tak bape nak risau sangat.
hopefully dapat maintain laaa camni.
masih ada sikit2 touch-up nak buat.
kasi kayuh slow2..
kot kalau ada idea yang best kang aku share lagi nanti2 ekk..


k, babai!
adios~