Friday 27 November 2015

Store Your Comforter. Errr....Simpan Toto Lah!


Salam & hye..

hari ni aku nak share macam mana aku manage segala mak nenek comforter / toto yang melambak kat rumah ni.
tiap2 rumah mesti ada simpan toto kan?
aku kompem mesti ada punya
tipu laa kalo ada yg kata rumah dia langsung takde toto 

so, arini aku nak kongsikan cara aku
jom cekidout!




biasa nengok gambar ni?
haaa betul laa tu... aku amik gambar arkib je niii
gambar ni penah aku kongsikan sebelum ni
ruang storan aku di bilik no. 3
di sebalik tirai jalur belang oren tu ada rak besi 4 tingkat yang aku penuhkan dengan segala macam barang rumah
bahagian atas tu sebelum ni aku susun kotak2
tapi since kotak2 tu tak brapa guna pun dan aku fikir adalah sgt membazir ruang atas tu terbiar mcm tu jer maka aku susunkan segala toto atas tu
selama beberapa bulan keadaannya sama mcm tu
dan masih ada lagi toto2 yg baru dibasuh dan aku tak letak atas ni
aku lambakkan jer atas sofa kat ruang tamu
sebab tak cukup ruang
dan takde plastik yang sesuai utk simpan
ada tilam & toto yang aku just susun atas rak tu tanpa masuk plastik, end up berhabuk teruk
maka terpaksa dibasuh semula
walaupun tak diguna
penat wehh!

makanya, ruang tamu aku menjadi disaster!



minggu lepas en.asben dah mula sound2
dia soh aku simpan segala toto yg ada kat atas sofa ruang tamu
sakit mata katanya
dan sangat tak proper if ada tetamu yg tetiba bertandang

bila boss besar dah keluar siren fire drill 
maknanya by hook or by crook aku kena setelkan masalah ni segera
tak boleh bertangguh lagi
1st thing, aku mesti pegi hunting plastik toto!
tak boleh tidak!
if not, masalah habuk takkan selesai..

so, 1st trial solution,
aku beli sarung jalur2 warna merah & biru (refer pic di atas) kat Daiso
tak sure actual size so aku rembat jer saiz paling besar
harga sama jer kat Daiso tu kannn
beli paling besar rasa berbaloi dgn harga
hahah!
tapi ko tau apa jadik?
berbaloi dgn harga tapi tak berbaloi langsung dengan space
bila aku masukkan toto dalam tu dan susun atas rak tu keadaannya bertambah disaster!!
makin tak senonoh jadinya
haihhhh....
okeh, misi gagal!!

then, dua tiga hari lepas aku try google idea manage toto ni semua
kot2 dpt ilham
alhamdulillah....idea dah ada
cuma masalah nak cari beg toto yang sesuai
sampaila aku jumpa satu blog ni
sape tah tak ingat
banyak sgt aku google sana sini
dia ni simpan toto guna plastik toto beli kat cosway
ok! aku aim cosway
cuma masalahnya.... aku bukan ahli
stresssss disitu!

semalam baru masalah cosway selesai
ada org share no cosway dia kat group
dapatla aku pinjam
alhamdulillah....
terus laju2 aku gi beli
rembat 3 terus
dan malam tu jugak aku kemas semula semua toto2 aku.....



dipendekkan citer.....
ni laa hasilnya...
bukan takat toto aku sumbat, carpet tak guna pun aku sumbat sama
best giler plastik toto dr cosway ni sbb tepinya berbalut dawai
so sgt mudah nak susun menegak
dan harganya pun sgt berbaloi dgn apa yg kita dapat
utk harga ahli, seketul plastik tu cum RM11.60 je
aku ada jumpa org jual online, seketol RM19.90 tak masuk postage
nasib tak jadik beli online

so now i'm a happy mom!
en. asben nengok pun hepi
lega betul bila masalah nan satu ni selesai
alhamdulillah...


k, tu je..
babaiii!!


Thursday 26 November 2015

Kisah TV Dan Susunatur-nya


salam & hye..

hari ni aku nak citer pasal tv.
saja suka2.....



ni seketul tv yg ada kat umah aku.
ni je lah satu2nya yg ada.
sebelum2 ni tv ni stand atas kabinet tv mcm kat atas tu.
terus terang cakap... aku tak suka
sebab area rumah aku ni kuat berhabuk
baru lap rumah pagi, petang dah berdebu
so bila tv tu duduk atas kabinet, jadik satu masalah time aku nak lap kabinet tu
nak angkat alih2 memang tak koser..
beratt wooiii!!
so solusinya, aku lap jerlah mana yang nampak sakit kat mata
yang tak nampak aku buat tak reti ajer...
kikiki



lagi satu masalah ialah plug tak cukup.
kat area sini cuma ada 2 ketul plug je
seketul utk astro & seketul lg aku sambung dgn extension plug
tapi masalah takde tempat nak letak so jadik la mcm kat atas tu
extension plug atas kabinet tv
selekeh menengoknya..



bulan lepas, masa gi kedai beli lauk utk masak dgn en. asben, aku ajak en. asben singgah kedai perabut + elektrik kat deret2 kedai runcit kat area taman aku ni.
aim nya nak survey tv bracket.
dah lama aku aim nak lekat tv kat dinding
motifnya supaya nampak lebih kemas & senang nak manage habuk
dah berbulan aim tapi asyik bertangguh nak beli
sebab tak konfiden nak pasang sendirik
takut salah pasang jatuh berderai pulak
dah ler tv seketul tu jer yg ada buat hiburan keluarga

so masa survey kedai tu aku nampak tv bracket
terus laju2 tanya kat tokey
"ni bracket harga brapa? bole datang pasang skali x?"
"bole2..rm80 siap pasang"
aku kenyit2 mata kat en. asben then terus laju2 setuju time tu jugak
tak tunggu green lite dia langsung
hahah!

kat atas tu la rupa lepas dah lekat kat dinding....

dan2 je rasa macam ada sesuatu terlepas....
satu rasa yg dah lama terpendam jauh kat dalam hati 
dan diganti dengan rasa lega..
aaahhhhhhh!!!
hihiii

sekarang masa untuk setelkan hal extension plug tu
dan jugak cable2 yang bersimpang siur kat dinding



petang tu kebetulan en. asben ajak keluar pegi giant
terus aku teringat dalam tu ada Mr. DIY
pegi sana aku sambar 2 ketul barang ni
harga bape?
lupa dahh...try2 la korang belek gambo atas tu kot2 bole nampak tanda harganya..



extension plug yang lama aku gantikan dengan adaptor ni
ni idea dari en. asben.
memula aku fikir nak double-tape kan jer extension plug tu ke dinding
tak teringat pulak ada adaptor jenis gini
padahal kat plug dapur aku guna jenis camni jugak
memang lebih kemas guna ni
takde laa semak nengok cable panjang berjela2 tuuu..



untuk cable2/ wire2 yang berselirat aku guna cable-wrap ni je
aku dah bagitau kat atas tu kan beli kat mana?
yeee kat Mr. DIY
cable-wrap ni panjang..
aku just lilit wrap ni ikut panjang cable yg aku nak cover then selebihnya aku potong je
so kat atas tu la rupa wrap tu lepas dah siap..



soooo...ni la hasilnya lepas semua siap
alas kabinet dah selamat aku cuci
tengok laa kalo rajin aku hamparkan lagi
kalo tak rajin biar togel gitu ajerr
bakul coklat handmade tu aku penah kongsikan dulu
tempat isi remote2 control segala
buat masa ni aku maleh nak fikir tempat remote yang lebih better
even en. asben asyik komplen tak lawa
biooorr je laa dulu
sebabnya tak selalu pun remote tu ada dalam tu
manjang ntah merata2 mana jerr letaknya
selalu sgt hilang
terselit celah sofa
lantak lerrr sanaaaaa

hihuu



k, laa.. tu jer citer pasal tv kali ni
entry dah basi
sebulan yang lepas
tapi aku kisah apa?
hahah!


k, babai!



Wednesday 25 November 2015