Thursday 5 February 2015

Ruang Alternatif Untuk Simpan Stroller


sebelum mula..ada sikit nota!
nota: "make over laundry area part 2" akan mengalami gangguan siaran yang akan menyebabkan siaran tertunda atas faktor2 ke-malas-an terlampau dalam proses mendekorasi. harap maklum! mihmihmihhh.. (^__^)




salam & hye..
perrhhh....tajuk tak menahan!! kikiki..
boleyyyyy laaaa..


actually ada satu part kat dalam rumah aku ni yang palinggggggggg (tengok betapa dahsyatnya perasaan-ku pada ruangan ini..hihuu) aku tak suka nak mandang.

malas cakap banyak.
meh aku tunjuk..



 ni dia!
kau nampak benda berbungkal-seketol-berbungkus-plastik-hitam tu?
haaa...kalo nampak, kau tau menda-apa dalam tu?
sekali mandang semacaaammmmm jer aku menengokkan rupa bentuknya.
dua kali pandang dah mula seram.
masuk 3 kali mandang memang aku tamau dah masuk dalam bilik ni lagi.
hiihuuhhii..

kalau nak tau dalam tu ialah stroller.
dapat free hadiah dari officemate masa bersalin ammar dulu.
tak pakai pun since ammar tak suka dok dalam tu.
asal sumbat jer mula laa nak melalak.
soooo...jadik laa dia seketol tukun kat dalam rumah ni.
haihhh...

dulu2 aku letak cenggitu je atas almari dalam bilik.
so x de laa rasa apa pun bila mandang.
tapi bila aku start buat major cleaning awal tawun lepas kat rumah ni, bila nengok balik nampak teruk beno tahap berabuknya.
so solusinya aku bersihkan dan bungkus elok2 dgn plastik.
dan since susah nak dapat plastik kaler cantik (selain hitam laa...) yg bersaiz besar, plastik sampah hitam tu je laa choice yang aku ada.
tapi bila dah bungkus lain macam pulak rupa dia.
sereeeemmmm.....!!

memang menyakitkan mata hokeh!
dan aku pun buntu nak simpan kat celah mana lagi.
sampai laa baru2 ni datang satu idea.

tinggg!!!



 aku dapat idea selit celah almari.
memula alihkan sket almari untuk bagi ruang pada stroller. sapu bersihkan sket habuk2 kat lantai tu.



 kendian turunkan stroller dan selit kat tepi almari tadi.
macam ni!
plastik aku tak bukak sebab tanak berhabuk. biorkan je dia cenggitu.



 then, since bahagian atas still banyak ruang lagi, aku dapat pulak idea lain.
[rumah tak beso mana jadi sila jangan bazirkan setiap ruang yang ada yer kawan2. kikiki.. (^__^)]
aku guna 2 batang extension rod dan extendkan antara almari dan dinding. 
tujuannya?



 haaa....aku buat para untuk barang2 ni. barang2 ni pun pening jugak aku tatau nak simpan mana.
yang 3 ketol tu ialah projek DIY aku yang belum digantung2 lagi (belum ada tempat yang sesuai..hehee)
dan yang gedabak tu ialah nursing pillow gift dari officemate incik asben sempena 2nd baby kitorang aritu.
extension rod tu insya-Allah cukup kukuh untuk tampung benda2 ni..



 dan untuk tanak menambah lagi sakit kat mata, ruang simpanan benda2 tu semua aku cover dengan curtain.
curtain ni aku DIY sendirik jer.
guna 2 ketol extension rod dan sehelai shower curtain.
caranya: aku doubletape-kan shower curtain kat extension rod then rod tersebut aku extendkan antara almari dan dinding. sama kekdah aku buat para tadi.
tarik tegang2 supaya curtain nampak kemas tak menggelembung-menggeleber (apa punya bahasa daaa...kikikii)
so, kat atas tu laa hasilnya lepas dah siap dicover.



 sekarang, ni keadaan terkini atas almari tadi.
lega sangat2 rasanya dapat setelkan menda ni.
setawun kot dok memikir solusi untuk masalah keserabutan mata ni.
now alhamdulillah....



zoom-out full view.

dah tak sakit mata bukan?





k, tu je.
babaiii......

(^_____^)


7 comments:

  1. wahhh dh kemas n cantik..
    xserabut mata memandang.. ihiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole laa kann...ni pun tak bape bagus idea camni.. buat sementara bole la kot..

      Delete
  2. Yoshhh, mmg bravo la idea ni...
    Shower curtain tu bli kt mana, cantekkk.

    ReplyDelete
  3. Kreatif nye. Suke betul tengok orang buat DIY. Tapi kite tak pandai. Tsk tsk...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun tak pandai jugak tp sbb dah sakit sgt mata ni nengok ketulan stroller atas almari tu. huhu

      Delete
  4. Kreatif nye. Suke betul tengok orang buat DIY. Tapi kite tak pandai. Tsk tsk...:(

    ReplyDelete