Tuesday 29 December 2015

Cerita Emas: Kisah Sendu Aku Dan Menabung!


Salam & hye..


harini aku tanak citer pasal susunatur.
mood swing.
semua gara2 dividen & bonus ASB yang baru diumumkan.
yerr ASB!

aku dah mula ada akaun ASB sejak tahun 2003. masa tu bukak akaun sebab nak blaja menabung. konon2 nak displinkan diri menyimpan. cara terbaik utk berjaya menyimpan ialah dengan bukak akaun bank yang takde kad ATM! antara Tabung Haji dan ASB, aku pilih ASB! sebab? nak dapat dividen & bonus besar!






untuk 2-3 tahun pertama, alhamdulillah aku berjaya displinkan diri. time tu bujang lagi. komitmen pun tak tinggi mana. duit gaji takat buat bayar duit keta + sewa rumah + makan minum + hantar kampung. keta pun time tu kancil jerrr.. wat lekk wat pis!

mid 2009 sambung degree (part time) ---> hujung tahun 2010 kawen ---> awal tahun 2011 masuk rumah baru ---> hujung 2011 dapat anak pertama.

masa start sambung degree tahap displin saving aku ke-laut. dah mula stop saving. sebabnya: every weekend travel jb-kl since kelas kat kl. sebab kedua: aku bayar yuran study guna saving sendiri. memang nekad takkan buat apa2 loan! duit langsung tak masuk tapi yang keluar macam paip air. dan saving makin meruncing sebab aku kasik perabih ke kawen. org tua2 dah pesan buat yang wajib jer tapi dah dasar degil nak buat caner kan. planning bukan2 hujung2 padan kat muka sendirik. menangis nengok baki akaun bank. padan muka aku!

masuk rumah baru banyak barang nak kena beli sebab time bujang2 buat lekk buat peace jer tak penah beli perabut bagai. pastu dapat baby. owhhh myyyy..... bole imejin tak mcm mana meruncingnya tahap kewangan??

mid 2012 aku nekad nak try saving semula. time ni aku tak buat saving sendiri. bajet2 nak cepat dpt untung so aku decide buat loan ASB. try guna RHB then alhamdulillah lulus. so bermula laa life membayoo hutang ASB bulan2... time tu seronok sgt sebab tak sabo nak nengok hasil tiap2 awal tahun. since then, tiap2 hujung tahun mesti tunggu announcement dividen & bonus ASB.

tiap2 tahun tak miss.

sama jugak tahun ni.

tapiii.....

tiap2 tahun jugak akan kecewa.

sebab makin lama dividen & bonus makin turun.

sikit dan makin sikit.

dan makin tak berbaloi rasanya buat loan ASB tu.

seriuss!!!

tak caye??

meh aku congak..

untuk 3 tahun aku meng-loan-kan diri..


loan ASB sebulan: +-RM 320.00

jumlah pinjaman: RM50,000.00.



                 RM320.00 x 12 bulan                     =  RM 3,840.00 x 3 tahun
                                                           =  RM 11,520.00


2015: RM50,000.00 x 7.75%          =  RM 3,875.00
2014: RM50,000.00 x 8.50%          =  RM 4,250.00
2013: RM50,000.00 x 8.70%          =  RM 4,350.00
                                                           =  RM 12,475.00

                           Untung Kasar                                    =  RM 12,475.00 - RM11,520.00
                                                       =  RM 955.00



Nampak macam aku dah untung RM955.00 kat situ. tapi hakikatnya (seperti dalam penyata tahunan yang dikeluarkan oleh bank)...

Jumlah keseluruhan loan + insuran/admin fee          =  RM 51,000.00
Baki loan setakat Nov 2015                                          =  RM 48,900.00
                               Jumlah telah dibayar                                             =  RM 2,100.00



Okeh, sekarang lupakan tentang dividen dan untung ASB. meh fokus pada jumlah yang dah aku keluarkan untuk bayar loan dan jugak jumlah telah dibayar.



             RM320.00 x 12 bulan                                        =  RM 3,840.00 x 3 tahun
                                                                          =  RM 11,520.00


Jumlah keseluruhan loan + insuran/admin fee  =  RM 51,000.00
Baki loan setakat Nov 2015                              =  RM 48,900.00
                               Jumlah telah dibayar                                         =  RM 2,100.00



JUMLAH INTEREST/FAEDAH DIBAYAR = RM 11,520.00 - RM 2,100.00
                                                = RM 9,420.00



tengok! tengok!! selama ni tanpa sedar aku dah bayar hampir RM10,000.00 interest sahaja ke bank. kalau di congak hasil dividen + bonus selama 3 tahun dan ditolak jumlah interest yang dah hangus ke bank ----->

RM 12,475.00 - RM 9,420.00  =  RM 3,055.00


ni laaa hakikatnya...duit simpanan sebenar aku selama 3 tahun cuma berjumlah RM 3,055.00 sahaja. mungkin ada yang keliru dengan pengiraan aku. untuk mudah faham, ni aku bagi satu contoh pengiraan yang lebih clear. sumber google.





lebih kurang macam pengiraan aku kan? cuma aku malas nak buat kotak2 bagai.... tolakan RM34,000.00 dalam contoh kiraan tu ialah jumlah interest/faedah bank. tu kalau pinjam 5 tahun. kalau 10 tahun? 20 tahun? lagi panjang tempoh pinjaman lagi besarrrr jumlah interest yang kita kena tanggung.


sadisss woooo!!!


bertambah sadis bilamana kadar dividen + bonus ASB semakin menurun tiap tahun.......


sampai bila hidup nak kena tipu?
syubahat dengan riba lagi?

marilah berubah.......


sadiss!!
ok bye!


Wednesday 23 December 2015

Bilik No. 1: Susunatur Pakaian Dalam Almari (Part I)




Salam & hye..

rumah tengah berkecah.
siyess!!
semua angkara kulat dalam almari baju di bilik no. 1 @ master bedroom
yerr kulat!
dan aku tengah berperang dengan mereka



ini almari baju yang dimaksudkan.
cuma ada 2 almari ni jer dalam bilik no. 1.
selain dari side table di tepi katil.
drawer yang pendek tempat susun baju bajan aku.
almari yang tinggi untuk encik asben.
kedua2 almari berkulat.
especially yang tinggi.
drawer baju2 aku agak terselamat.
cuma ada kulat di tepi2 luar almari.



ini kulat yang dimaksudkan.
di pintu almari.



di sini juga.
ni baru bukak 2 pintu.
belum lagi pintu ketiga dan jugak drawer yang ada kat bawah almari tu.




selain tu aku sakit hati nengok keadaan atas drawer baju2 aku.
ngko nengok laa tuuuuuu.....
tak penah nak maintain kemas.
walau mcm mana gaya pun aku susun.
dan tambah drawer simpanan.
tetapppppppp berkecah.
macam2 benda ada atas tu.
tambah sakit hati bila aku takleh nak salahkan sesapa.
sebab aku pun salah satu faktor penyumbang ke-sepah-an.
jadi, marah jer pada diri sendiri.
haihhhh!



jadi, dah alang nak setelkan kedua2 masalah aku ni,
makanya aku rombak hampir keseluruhan susunatur dalam rumah.
ruang tamu pun terbabit tak masal.
buat masa sekarang ni projek tengah berlangsung.
so stay tune!
baru setel suku.
ada lagi 3/4 nak di'kerja'kan.
harap aku rajin.
dan punya cukup masa.
insya-Allah....


tunggu Part II menyusul okey!
babai!


Thursday 10 December 2015

Idea Susunatur: Drawer Tudung


salam & hye..
bertemu lagi.. hihi  (^____^)
hari ni aku nak bersiaran pasal tudung
bukan cara pakai tudung
tapi cara simpan tudung
cara aku!
jommm cekidouttt~



bermula alkisah.......
dulu2 aku simpan tudung dalam box ini
sumbat asal boleh
awal2 je teratur..masuk minggu ke-2 huru-hara kejadian
tak caya?
tengok bawah!



ni rupa bila bukak penutup
haru-biru-kelabu-ungu. eh?
paling haru bila isi perut box terlalu banyak sampai patah pemegang sebelah
macam mana boleh patah?
biar aku sorang je yg imagine
hahah!



2-3 bulan lepas masa beli groceries kat tesco, aku ternampak drawer ni
terus terberkenan
dan terus terbeli
price shows kat tag RM20++
tapi masa scan kat cashier cuma rm17.++
rezekiiii......


tunggu free time, aku sorting semua tudung yang ada
yang dah lama & memang tak pakai aku letgo jer
yang dah buruk sangat aku buang
tinggal yang betul2 pakai jer


lepas sorting.....
tak banyak rupanya koleksi tudung aku
molek jer muat semua koleksi tudung dalam drawer tu..
nasib aku bukan penggila tudung
jomm intai apa yang ada....



bahagian drawer paling atas aku susunkan semua koleksi instant awning
tak banyak dan bukan jugak jenis awning yg perlukan proper jagaan
sebab bukan awning keras
half-hard jer 
so bole laaa dihimpit2 sket
tak perlu risau awning akan rosak
aku susun style biasa..... menegak
senang nak nampak
senang nak ambik
senang nak susun
senang nak urus



drawer tengah koleksi tudung2 bawal @ empat segi
cara susun sama
nampak jelas kan setiap warna tudung yg ada?
*senyum



drawer paling bawah koleksi tudung2 instant zaman2 bebudak sekarang
dua muka... sarung lilit.. lilit belit2..
apaper tah lagi
tak banyak koleksi
saja2 nak up-to-date sikit
kebiasaan aku lebih selesa sarung tudung bawal @ empat segi ajer...



buat masa ni belum ada tempat strategik untuk letak drawer ni
lokasi sekarang di bilik no. 2
bersekali dgn almari baju & rak mainan anak2
tunggu aku siapkan susunatur almari baju-bajan aku & incik asben kat bilik no. 1
dah setel baru aku alihkan drawer ni ke sana
buat masa ni biar jer kat sini dulu
selagi tak mengganggu laluan trafik




ok, tu jer kisah tudung
sekian
babaiii!






Friday 27 November 2015

Store Your Comforter. Errr....Simpan Toto Lah!


Salam & hye..

hari ni aku nak share macam mana aku manage segala mak nenek comforter / toto yang melambak kat rumah ni.
tiap2 rumah mesti ada simpan toto kan?
aku kompem mesti ada punya
tipu laa kalo ada yg kata rumah dia langsung takde toto 

so, arini aku nak kongsikan cara aku
jom cekidout!




biasa nengok gambar ni?
haaa betul laa tu... aku amik gambar arkib je niii
gambar ni penah aku kongsikan sebelum ni
ruang storan aku di bilik no. 3
di sebalik tirai jalur belang oren tu ada rak besi 4 tingkat yang aku penuhkan dengan segala macam barang rumah
bahagian atas tu sebelum ni aku susun kotak2
tapi since kotak2 tu tak brapa guna pun dan aku fikir adalah sgt membazir ruang atas tu terbiar mcm tu jer maka aku susunkan segala toto atas tu
selama beberapa bulan keadaannya sama mcm tu
dan masih ada lagi toto2 yg baru dibasuh dan aku tak letak atas ni
aku lambakkan jer atas sofa kat ruang tamu
sebab tak cukup ruang
dan takde plastik yang sesuai utk simpan
ada tilam & toto yang aku just susun atas rak tu tanpa masuk plastik, end up berhabuk teruk
maka terpaksa dibasuh semula
walaupun tak diguna
penat wehh!

makanya, ruang tamu aku menjadi disaster!



minggu lepas en.asben dah mula sound2
dia soh aku simpan segala toto yg ada kat atas sofa ruang tamu
sakit mata katanya
dan sangat tak proper if ada tetamu yg tetiba bertandang

bila boss besar dah keluar siren fire drill 
maknanya by hook or by crook aku kena setelkan masalah ni segera
tak boleh bertangguh lagi
1st thing, aku mesti pegi hunting plastik toto!
tak boleh tidak!
if not, masalah habuk takkan selesai..

so, 1st trial solution,
aku beli sarung jalur2 warna merah & biru (refer pic di atas) kat Daiso
tak sure actual size so aku rembat jer saiz paling besar
harga sama jer kat Daiso tu kannn
beli paling besar rasa berbaloi dgn harga
hahah!
tapi ko tau apa jadik?
berbaloi dgn harga tapi tak berbaloi langsung dengan space
bila aku masukkan toto dalam tu dan susun atas rak tu keadaannya bertambah disaster!!
makin tak senonoh jadinya
haihhhh....
okeh, misi gagal!!

then, dua tiga hari lepas aku try google idea manage toto ni semua
kot2 dpt ilham
alhamdulillah....idea dah ada
cuma masalah nak cari beg toto yang sesuai
sampaila aku jumpa satu blog ni
sape tah tak ingat
banyak sgt aku google sana sini
dia ni simpan toto guna plastik toto beli kat cosway
ok! aku aim cosway
cuma masalahnya.... aku bukan ahli
stresssss disitu!

semalam baru masalah cosway selesai
ada org share no cosway dia kat group
dapatla aku pinjam
alhamdulillah....
terus laju2 aku gi beli
rembat 3 terus
dan malam tu jugak aku kemas semula semua toto2 aku.....



dipendekkan citer.....
ni laa hasilnya...
bukan takat toto aku sumbat, carpet tak guna pun aku sumbat sama
best giler plastik toto dr cosway ni sbb tepinya berbalut dawai
so sgt mudah nak susun menegak
dan harganya pun sgt berbaloi dgn apa yg kita dapat
utk harga ahli, seketul plastik tu cum RM11.60 je
aku ada jumpa org jual online, seketol RM19.90 tak masuk postage
nasib tak jadik beli online

so now i'm a happy mom!
en. asben nengok pun hepi
lega betul bila masalah nan satu ni selesai
alhamdulillah...


k, tu je..
babaiii!!


Thursday 26 November 2015

Kisah TV Dan Susunatur-nya


salam & hye..

hari ni aku nak citer pasal tv.
saja suka2.....



ni seketul tv yg ada kat umah aku.
ni je lah satu2nya yg ada.
sebelum2 ni tv ni stand atas kabinet tv mcm kat atas tu.
terus terang cakap... aku tak suka
sebab area rumah aku ni kuat berhabuk
baru lap rumah pagi, petang dah berdebu
so bila tv tu duduk atas kabinet, jadik satu masalah time aku nak lap kabinet tu
nak angkat alih2 memang tak koser..
beratt wooiii!!
so solusinya, aku lap jerlah mana yang nampak sakit kat mata
yang tak nampak aku buat tak reti ajer...
kikiki



lagi satu masalah ialah plug tak cukup.
kat area sini cuma ada 2 ketul plug je
seketul utk astro & seketul lg aku sambung dgn extension plug
tapi masalah takde tempat nak letak so jadik la mcm kat atas tu
extension plug atas kabinet tv
selekeh menengoknya..



bulan lepas, masa gi kedai beli lauk utk masak dgn en. asben, aku ajak en. asben singgah kedai perabut + elektrik kat deret2 kedai runcit kat area taman aku ni.
aim nya nak survey tv bracket.
dah lama aku aim nak lekat tv kat dinding
motifnya supaya nampak lebih kemas & senang nak manage habuk
dah berbulan aim tapi asyik bertangguh nak beli
sebab tak konfiden nak pasang sendirik
takut salah pasang jatuh berderai pulak
dah ler tv seketul tu jer yg ada buat hiburan keluarga

so masa survey kedai tu aku nampak tv bracket
terus laju2 tanya kat tokey
"ni bracket harga brapa? bole datang pasang skali x?"
"bole2..rm80 siap pasang"
aku kenyit2 mata kat en. asben then terus laju2 setuju time tu jugak
tak tunggu green lite dia langsung
hahah!

kat atas tu la rupa lepas dah lekat kat dinding....

dan2 je rasa macam ada sesuatu terlepas....
satu rasa yg dah lama terpendam jauh kat dalam hati 
dan diganti dengan rasa lega..
aaahhhhhhh!!!
hihiii

sekarang masa untuk setelkan hal extension plug tu
dan jugak cable2 yang bersimpang siur kat dinding



petang tu kebetulan en. asben ajak keluar pegi giant
terus aku teringat dalam tu ada Mr. DIY
pegi sana aku sambar 2 ketul barang ni
harga bape?
lupa dahh...try2 la korang belek gambo atas tu kot2 bole nampak tanda harganya..



extension plug yang lama aku gantikan dengan adaptor ni
ni idea dari en. asben.
memula aku fikir nak double-tape kan jer extension plug tu ke dinding
tak teringat pulak ada adaptor jenis gini
padahal kat plug dapur aku guna jenis camni jugak
memang lebih kemas guna ni
takde laa semak nengok cable panjang berjela2 tuuu..



untuk cable2/ wire2 yang berselirat aku guna cable-wrap ni je
aku dah bagitau kat atas tu kan beli kat mana?
yeee kat Mr. DIY
cable-wrap ni panjang..
aku just lilit wrap ni ikut panjang cable yg aku nak cover then selebihnya aku potong je
so kat atas tu la rupa wrap tu lepas dah siap..



soooo...ni la hasilnya lepas semua siap
alas kabinet dah selamat aku cuci
tengok laa kalo rajin aku hamparkan lagi
kalo tak rajin biar togel gitu ajerr
bakul coklat handmade tu aku penah kongsikan dulu
tempat isi remote2 control segala
buat masa ni aku maleh nak fikir tempat remote yang lebih better
even en. asben asyik komplen tak lawa
biooorr je laa dulu
sebabnya tak selalu pun remote tu ada dalam tu
manjang ntah merata2 mana jerr letaknya
selalu sgt hilang
terselit celah sofa
lantak lerrr sanaaaaa

hihuu



k, laa.. tu jer citer pasal tv kali ni
entry dah basi
sebulan yang lepas
tapi aku kisah apa?
hahah!


k, babai!



Wednesday 25 November 2015

Friday 30 October 2015

Hiasan Dinding: Rumah Kunci


salam & hye..

arini aku nak share pasal one of hiasan dinding yang ada kat ruang tamu rumah aku ni.
tempat simpan kunci2.
atau rumah kunci.

kat rumah aku ni, kitorang simpan segala kunci rumah-kunci moto-kunci keta kat dalam satu tempat yang sama.
meh nengok kat mana kitorang simpan.



ko nampak benda petak kaler gelap seketol kat dinding tu?
haaaa kat situ la tempatnya.
dalam rumah kunci.
lokasi dekat dgn DB (distribution board) atau bahasa melayunya.....
eeerrrrrrr  ntohlerr tak kose teman nak gugel
kikiki

kewujudan rumah kunci tu secara tak langsung jadik part of hiasan dinding rumah aku laa kan..
ye tak?



ni zoom in.
macam ni laaa rupa rumah kunci kitorang.
beli lama dah dari masa bulan2 awal kitorang duduk rumah ni 5 tahun lepas.
tak ingat beli katne. air hitam kot?
sejak kewujudan rumah kunci ni, alhamdulillah kitorang somi-isteri memang otomatik jadik disiplin simpan kunci dalam ni.
sebelum2 tu main aci bubuh je merata2.
pastu time nak guna lupa dah kat mana letaknya.
tapi sejak ada ni memang tak penah lagi dah timbul masalah lupa letak kunci.
time nak guna carik je laaa dalam 'rumah' tu.
insya-Allah ada.



ni keadaannya bila pintu dibukak.
ada dua row atas dan bawah.
setiap row ada 3 cangkuk untuk gantung kunci.
gantung laaaa sebanyak mana pun kunci yang korang nak.
asalkan pintunya boleh ditutup balik.



untuk rumah kunci kat rumah aku ni, asben dah susun siap2 tiap2 kunci.
row atas dia dah tetapkan untuk kunci2 moto & keta.
dan row bawah untuk kunci rumah ---> kunci segala mak nenek pintu, grill & pagar.
aku sekadar menurut perintah.
baeeekkkklahh!!



aku ada nampak design yang lebih smart time pegi romantika aritu.
memang lagi semmmatt ahh!!
tapi memikirkan yang ada ni masih elok dan kukuh lagi
di tambah dgn aku tak jumpa sebarang concrete reason pun nak tukar yang baru
maka aku bior kan aje laa..
guna je la apa yang ada selagi masih elok.
takat rumah kunci je kot
kannn.....




k lah. tu je aku nak share.
benda simple.
hiasan mudah.
tapi disebaliknya banyak memudahkan urusan harian.


k, babai..



Tuesday 27 October 2015

Rak MULIG Di Dapur


salam & hye..


takde apa nak tulis
biar gambar berbicara...




SEBELUM..







SELEPAS..


Thursday 22 October 2015

Bilik No. 3: 3rd Revealed!

salam & hye..


lamaaaaaaaa blog ni terabai
sama lama terabainya rumah aku
agagagagagaaaa...

dalam ekonomi yg tak menentu sekarang,
aku makin busy
tuntutan desakan hidup
demi sesuap nasi
aisehh...ayat skema mari!

lama tak update pasal susunatur
ada je yang disusun-bertabur-diatur-berselerak-dikemas-berkecah kat rumah tu
standard ada anak2 kecik

untuk arini aku nak citer sket pasal susunatur bilik no. 3 yang baru.
alaahhhh bilik no. 3 tu....
yang jadi stor tu...
jadik bilik tetamu jugak tu......
boleh belek SINI dan SINI jugak kalau tak ingat

bilik ni dah ntah bape kali dah aku susun-ubah-sepah-susun balik-ubah balik-sepah balik
fungsi bilik pun dah aku tambah sikit
kalau dulu jadi pusat simpan barang2 merangkap bilik tetamu
tapi sejak ada baby ni aku tambah fungsinya lagi satu
maka bilik ni dah ada 3 fungsi

i.   - bilik simpan barang @ stor
ii.  - merangkap bilik tetamu
iii. - merangkap bilik iron


so far macam ni laa keadaan susunatur bilik ni yang sekarang...



bilik no. 3: tempat simpan barang



bilik no. 3: bilik tetamu



bilik no. 3: bilik iron



tak menjadik masalah pun utk combinekan bilik tetamu dgn stor barang
terutama bagi rumah yg kecik & ruang bilik terhad 
asalkan barang2 disusun kemas
dan sentiasa pastikan bilik bersih & bebas dari habuk
lagipun tetamu bukan tiap hari ada
ye tak?

aku sengaja tambah fungsi bilik ni supaya aku boleh masuk bilik ni dgn lebih kerap
jadi bilik ni tak terabai langsung
walaupun takde tetamu
tiap2 hari mmg kitorang akan masuk bilik ni
tu yang aku nak
sebab ada ustaz pesan....
"jangan biarkan ada satu pun ruang dalam rumah yang dibiarkan sepi (cth: ruang stor)
sebab tiap yang kosong tu akan ada 'penghuni' menumpanginya.."

sejauh mana kebenaran, wallahualam...
hanya Yang Esa maha mengetahui..


ok babai!



Wednesday 22 April 2015

Idea Kreatif: Tempat Simpan Air Time Gangguan Bekalan



salam & hye..

untuk kali ni aku tanak share pasal susun & atur
pasal deko2 pun tanak
nak nyebut dua perkataan tu pun buat rasa sentapppp jer
lagi laaa hari2 hadap & mandang kan
lagiii laaaa berbulu!
hehh!!

memandangkan untuk hari ni dan besok kawasan rumah aku dan sekitar takder air,
dan dah pun dapat notis gangguan bekalan seminggu yang lepas, 
makanya kami sekalian jiran tetangga dah pun standby apa yang patut lah.
yang patut tu apa?
simpan air lah!
hehhh!

actually, kat lorong aku ni kitorang memang bole dikatakan close la sesama jiran
even jarang jumpa sbb masing2 sibuk dgn hal duniawi rumahtangga
tapi kitorang create group whatsapp
so mudahlaa dapat info kalau apaper berlaku
tu je nak bagitau
hehh!!

eh, aku bukan nak share pasal group whatsapp
tapi aku nak share pasal simpan air bila ada gangguan bekalan
hehehhh!!

selalu2nya kan if dapat notis takde bekalan air sekian2 haribulan kita terus rasa gelabah
betul tak?
time tu terus la panik fikir nak simpan air kat mana?
tong air pun takde
nak isi dalam baldi, banyak mana sgt la pulak yg dapat?
cukup ke?
dan2 tu jugak terus jer ajak asben rempit pegi kedai barang plastik
or kedai murah RM2
or kedai eco
or kedai serbaneka
untuk?
beli tong air!
hehh!

beli hat paling beso lak tu
yang harga RM 50 ++ tu
bajet nak dapat simpan air banyak2 la kan
pastu lega
sebab rasa masalah dah setel
hehhh!

yang jadik masalah ialah bila masalah gangguan bekalan dah selesai
air kat paip keluar mencurah macam biasa
hepi laa sbb takyah nak risau air simpanan tak cukup
hepi laa sbb takyah nak catu2 penggunaan air dah
tapi apa cerita pulak tong sebesar alam yang kita beli tu?
dah tak pakai kan?
nak simpan mana?
time tu laaa timbul masalah
sampai stress2 fikir tempat strategik simpan tong tu
tak kan nak jual balik pulak kan?
nanti kalau ada gangguan bekalan lagi?
nak beli lagi?
hehh! hehhh!!

so, pasni kalau lenkali dapat notis gangguan bekalan,
yang penting jangan panik
dok tenang2
tarik nafas dalam2
dan carik jalan cara simpan air tanpa perlu keluar duit
buntu?
takpe, sini aku kasik jalan selesai
kita guna cara ni.............



amacam?
kreatif x?
kreatif dan jimat wang!
guna jer bakul laundry yang ada kat rumah tu
dan plastik besar
caution: pastikan plastik yang digunakan tebal dan bersih (contoh kat atas ni)
(nak lagi jimat, plastik besar boleh try mintak kat kedai dobi. hehh!)

guna cara ni, masalah nak simpan air selesai
masalah nak simpan tong air lepas diguna pun selesai
air boleh disimpan dgn selamat tanpa takut nyamuk aedes membiak sebab plastik boleh diikat
kepala tak sakit fikir air simpanan tak cukup
kepala tak sakit fikir bekas simpan air takde
kepala tak sakit fikir mana nak simpan tong air bila dah tak guna
kepala lapang
hati riang

dapat dah idea?
(^________^)
hehhh!!


so, kenapa aku sebut pasal group whatsapp kat atas tu?
meh aku kaitkan
gambar ni hasil sharing dari jiran aku
send kat group whatsapp
bukan idea aku pun!
aku pun tak terfikir nak buat cenggini weyh!
PADAHAL AKULAH ORANGNYA YANG PANIK DAN BELI TONG AIR SEBESAR ALAM HARGA RM50 ++ TU!
hehh! hehhh! hehh!! dan hehhhh lagiii!!!


*kredit to jiran berdepan dengan jiran selang 9 pintu dari rumah aku. [sila imagine sendiri kedudukan rumah jiran]  (^__^)


k, tu je
babaiiii....


Monday 30 March 2015

[x susun] + [x atur] = rumah aku!


salam & hye..

lama tak jenguk blog ni
dan lama jugak tak update pasal susunatur
alasan?
tak berkesempatan


lately ni agak busy dgn keje
almost tiap hari sampai rumah dah lepas waktu maghrib
balik rumah cuma sempat settlekan aktiviti harian

* breastfeed & tidokan baby dalam buai
* label & simpan stok susu perahan - sumbat icepack dalam freezer
* basuh botol2 susu & peralatan mengepam - steril - simpan kat rak pengering
* mandi - solat - makan (dah lama tak masak weekdays weyhh!)
* celah2kan masa yang ada utk basuh baju - clearkan pinggan2 kotor dalam sinki - kemas dapur
* layan ammar - rehat kejap sambil lipat kain - jeling2 rancangan tv - salinkan ammar pampers & baju tido

nampak macam kejenya simple tapi bila dipraktikkan tak sedar masa berlalu pantas
tau2 dah dekat pukul 11
badan dah letih mata mintak tido
bawak baby masuk bilik - tukar pampers & baju tido - bf lagi - tidokan 
selalunya skali dgn aku hanyut terus tido-mati-tak-sedar-apa

makanya memang tak mandang dah hal2 susunatur
rumah pun dah macam tongkang pecah
tunggang terbalik segala
mainan ammar bertabur sana sini
barang2 pun bubuh saja merata
mood menyusun atur pun lately ni dah makin kelaut
saka malas dah merasuk gamaknya
malassss yang amat la haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........!!


maka, cuci jer lah mata korang dgn keadaan serba tak senonoh niiii..
enjoyyy!!
heyyy heyyy heyyyy..!!




 bilik no. 1



 bilik no. 2



bilik no. 3



gambar tak senonoh tak payah nak zoom beso sangat la weyhh!
buat malu jerr

tengah kumpul kekuatan utk re-organize semua semula
sambil mencari2 idea susunatur yang lebih praktikal
& yang penting boleh bertahan lama
& tak menyusahkan

kasik pelan2 kayuh!


[boleh tahan dia punya tahap huruhara bila anak dah lebih 1 nih ekk. huhu!]
[tambah huruhara bila bayi asyik laaa nak memerap]
[kalo bole 24/7 dia nak soh kita dok dodoi dia ajer]
[pengsan mak ko ni nak!]


doakan rumah aku tak bertukar jadik kotai pekerja asing!
berusahalahhhh!!!


k, babai..


Monday 16 February 2015

Masalah Syiling Bertabur Semasa Sesi Mendobi



salam & hye..


ntah aku benonyer tak tau nak bubuh tajuk apa yang sesuai.
bior lantak dia disitu.
ni tentang masalah orang lelaki yang tak suka guna duit syiling time nak membayor.
maka duit syiling penuh dalam poket.
eh?


aku kat rumah ni memang bermasalah nak check seketol2 tiap poket seluar time nak mendobi.
ntah nape sangat2 lah tak rajin.
selalu2 aku just kutip dari bakul then kebas2 kasik bukak segala lipatan pastu sumbat terus dalam mesin.
time nasib tak baik ada tisu or kertas terselit kat kocek, hambek ngkau habis ber'salji' semua kain baju.
terpaksa basuh semula. padan muka!
time nasib tak baik jugak berterabur duit syiling keluar dari poket.
time tu bunyik dalam mesin memang dah macam ada show wrestling.
debang debung bunyik syiling berlaga dengan dinding mesin basuh dalam tu.
time tak bape nak baik, butang sluar or baju tertanggal.
time kurang baik, brooch tudung lupa nak cabut sebelum basuh.
time spoil, mitten booties bayi tinggal sebelah lepas dicuci.
heran ke mana pulak pegi pasangannya??


bila salah satu perkara2 tak best dan tak bape nak best kat atas tu jadik, makanya kena laaa kutip satu2 apa yang dah bertabur dalam mesin basuh tu.
mesin aku pulak jenis semi-auto.
tiap kali lepas cuci kena transfer masuk dalam spin.
then buang air cucian.
time tu laaa baru nampak segala macam benda tertinggal dalam mesin tu.
dasar sangat pemalas nak check awal2 kan...
haaaa hambik ngko!


dulu2 kat area mesin basuh ni ada sinki (ingat lagi tentang sinki batu yg aku dah cabut tu?)
so time mengutip segala benda ni aku just longgok kat atas sinki tu.
tapi now since sinki pun dah selamat dicabut dah takde laa pulak tempat untuk kumpul semua menda2 ni.
nak terus letak kat bilik macam jauh benooo nak menapaknyer..
pemalas nyerrr la haiiiii..
heyyyy!


so, solusinya aku buat tempat khas untuk lambakan segala brooch or butang or syiling or apaper jer laa yang terjumpa time mendobi tu.....




aku buat cenggini ajerrr.....

aku guna 3 ketul baldi besi, 1 ketul adjustable rod, 2 ketol rod clip & 3 batang cable tie.
barang2 ni mudah jer didapat.
baldi besi tu aku beli kat Romantika. harga seketol RM7. memang dah siap berkaler gitu.
adjustable rod & 2 ketol rod clip beli dah lama kat Mr. DIY. tak ingat harga bape.
cable tie amik incik asben punya.



caranya...
aku lekatkan rod clip tu kat bawah wall shelf yang dah pun dipasang oleh incik asben tempohari.
clip tu memang dah ada doublesided tape. so just tampalkan ajer kat hujung2 shelf.
then amik rod pastu ukur adjust2 ikut panjang yang aku nak then clipkan kat rod clip tu.
mu pahe dok?



kalo tak bape nak paham ni aku kasik zoom-in sket rupa clip tu & cemane dia berfungsi..



then masukkan tangkai baldi kat rod dan ikatkan dengan cable tie supaya dia tak bergerak2.
kasik grip kuat2 keh!

last but not least, buatkan label untuk tiap satunya.
aku sediakan 3 jer..
satu untuk brooch/button.
satu untuk duit2 syiling
satu lagi untuk menda2 lain selain perkara2 diatas.
kikikiii...

macam biasa aku guna sticker Daiso jer untuk buat label ni.
mudah dan ringkas.
kalis air jugak sebab dia macam laminated gitu.



kasik belanja seketol lagi gambar full view.
zzzaaaassss......





k, till then.
bubyeee.....
(^______^)