Tuesday 30 September 2014

Tutorial Ringkas Pasang Curtain Kat Rak Besi


Salam & hye..

berkaitan dengan post aku yang semalam, arini aku nak share sket la macam mana cara aku pasang curtain kat rak besi tu.
mungkin ramai yang dah tau pun.
tapi aku saja je nak share.
suka pulak nengok gambo banyak2 dalam blog nih.

miahahahaaahahaaaa...


okey la.. sebelum aku mengilai lebih dasyat mengalahkan pontianak, jom kita nengok barang2 dulu.



 ni je antara barang2 yang diperlukan..

1) yang pertama mestilaa CURTAIN tu sendirik kan.. watak utama tu!! kalo tader dia maka tak laa dinamakan tutorial pasang curtain. mihmihmihhh.. curtain ni aku beli kat kedai langsir. RM29.90 je sepasang. aku beli 2 pasang. lagi sepasang gantung kat tingkap. saja nak bagi matching kata orang..

2) yang kedua VELCRO TAPE. atau bagi sape yang tak tau..korang penah pakai or nengok org pakai kasut lekat2 tu kan? alaaa yg slalu kasut skola bebudak pakai tu.. haaa menatang yang lekat2 tu la org panggil velcro tape. tape tu aku beli kat kedai jual barang pengantin. RM5/meter. aku beli 3 meter je. ada la lebih dlm setengah meter lepas guna.

3) dan yang ketiga DOUBLE TAPE. aku beli yang jenis heavy duty punya. beli kat jusco aritu. seketol dalam RM7.90 kalo tak silap.



 kaedah pasangnya, memula pasang double tape kat bahagian paling atas rak. aku letak extra sket kat tepi2 dia. nak bagi lagi kuat.



 then kopek bahagian atas double tape tu. actually tape tu kaler dia jernih je mcm kat atas ni. yang kaler merah tu dia punya lapis atas jer before dikopek.



 then, ambik velcro tape dan tampal. oppsss lupa nak kasitau. velcro tape ni berpasangan. satu bahagian keras / kasar dan pasangan yang satu lagi tu lembut. untuk tampal yang kat rak ni, aku tampal pasangan velcro tu yang kasar. lepas tampal sampai hujung rak baru aku potong ngam2.



 satu bahagian yang lembut tu aku jahit kat curtain. jahit jelujur ajerrr... kasar pulak tu. almaklumlerrrr rumah takde mesin jahit. belasah ajer laa labuuu... asalkan kukuh jahitannya sudehhh.. kikikiiii...



langkah terakhir, lekatkan jer velcro tape yang bahagian lembut / soft (yang aku jahit kat curtain) dengan bahagian velcro tape yang kasar (yang aku gamkan kat rak). lekatkan sesama mereka macam kasut lekat skola tuuuu...

gambar yang last ni nampak clear sket pasangan velcro tape tu. satu side soft dan satu side lagi kasar. make sure masa nak beli korang dapat dua2 ni. harga dia memang untuk sepasang camni. takde jual asing2. kalo diorang jual asing2 means korang dah kena tipu la tuu... hehe


owhhh..lupa seperkara. curtain ni sebenonyer tak suit pun dengan saiz rak tu. lebar dia terlebih dan labuh dia pun melampau2. so sebelum pasang, aku adjust sket ikut saiz yang aku nak dan jahit. malu nak tunjuk part aku jahit tu. huduh bebeno gaya. main hentam jer jahit kasar2. heheee...



k laa, sekian tutorial ringkas aku untuk arini.
aku tak reti ngajoooo ohooooiiii!!
harap korang paham laa yerr


k, babai..


Monday 29 September 2014

Update & Upgrade : Bilik No. 3 Merangkap Ruang Storan cum Bilik Tetamu


 Salam & hye...


masih ingat lagi entry aku tentang Bilik No. 3 yang aku penah share baru-baru ni?
tak ingat?
takpe.....
bole refer SINI dan SINI


so, entry ni kesinambungan dari 2 entry aku yang lepas.
tentang ruang storan aku.
dan jugak tentang bilik tetamu.
aritu ada 2 perkara yang aku masih belum laksanakan.
tapi Alhamdulillah...
dengan izin-Nya selesai jugak projek aku.
dan terlaksana jugak sebelum bersalin.



dua perkara yang aku maksudkan ialah ini :

membalut 4 ketul box kat tingkat yang paling atas.
Alhamdulillah...DONE!



dan ini perkara kedua :

pasang curtain kat rak.
Alhamdulillah juga.. DONE!



dengan terlaksananya dua perkara tadi, 
maka dengan ni siaplah Bilik No. 3 aku ni.

"RUANG STORAN CUM BILIK TETAMU"

dan ini-lah rupa kejadiannya...
gambar dari arah pintu bilik..



 ni rupa kejadian katil tempat tetamu tidur.
berdepan dengan rak storan tadi.

sila abaikan deko ikan tersebut.
tu aku pasang masa area ni jadi play-area Ammar.
bila dah pindahkan, maleh pulak nak cabut.
hihuhiii... (^__^)



 sikit hiasan untuk tetamu.
side table with bunga.
dan jugak kotak DIY isi plastik2 terpakai (kikiki.... :p)
owhhh..tentang kotak DIY ni aku penah kongsikan kat SINI



 macam biasa..
aku suka kongsikan keadaan sebelum dan selepas.

ni sebelum..



dan ni keadaan sekarang.

dah tak nampak macam stor lagi kan?
kan? kan? kan janet kan? kan?

mihmihhmihhh...



semoga tetamu gembira dan bahagia bermalam disini.
weeeeehuuuuuu~



k, babai
(^_________^)


Friday 26 September 2014

Projek Terbengkalai Kat Bilik No. 3


ni untuk projek Bilik No. 3 yang masih halfway tu.



tapi teaser je la dulu...



rasa tebako tak?
tebako tak?
tebako?

keh keh keh...




k, babai!



Friday 19 September 2014

Update: Susunatur Almari Baju Anak


hye...
salam Juma'at... (^__^)
harini aku nak share sket pasal susunatur dalam almari baju anak.
actually aku penah share sket pasal almari baju anak ni tak lama dulu.
tapi tu more to nak menceriakan almari je la.
takde la pun aku kongsi susunaturnya.
kikikiiii...
korang bole refer SINI untuk lebih detail.


so, untuk arini aku nak share cara susunatur dalam almari anak aku ni.
almaklumlaaa....since anak dah nak masuk 2 so kena la buat sumthing.
if not, selama2 ni asal boleeeee jerr...
almari byk ruang...yang empunya-nya sorang..
memang main sumbat asal bole jer laaa...
now bila nak masuk 2 ni kena la kongsi ruang yg ada.
dan jugak kena maksimizekan ruang sambil2 susun sebaik mungkin untuk kemudahan masa depan.
kemudahan masa depan ehh??
ayat  macam ape jek aku ni.
kuikuikuiiii...


before tu nak remind la sket,
entry ni banyak gambo!
saja tamau kasik korang jemu baca tulisan jerrrr...
mihhmihhhmihhh..



ok, macam yang aku penah story kat entry yang dulu, almari baju anak aku ni actually-nya cuma seketul rak kasut. rupa keseluruhan almari tu macam gambo atas ni la. ada 2 compartment, atas dan bawah. sebelum2 ni dua2 compartment tu milik anak bujang kecik sorang tu. tu yang seronok la maknye nak menyumbat asal bole. hehe...




ni ruang dalam bila almari ni kosong. belah belakang tu saja aku tampal wrapping paper nak kasik ceria sket almari ni. kalo dakkkk nampak suram jer laaa sebab dalam almari ni kaler gelap. then untuk rak2nya pun aku tampal wrapping paper gak tapi belah atas jer. ni keadaan dulu laaa... 

duluuuu...



ni aku share sikit macam mana aku susun baju2 anak aku sebelum2 ni. susun2 macam ni jer.. time rajin nampak la kemas tapi time tak rajin & nak cepat memang abis berterabur segala isi perut almari ni. alahhh....apa-de-halll.. almari ada pintu. tutup jer pintu tak nampak dah la serabutnya. miahahahahahhaaaa.... (teruk benoo perangai!)

sebenonyer memang dari awal aku tak berkenan sangat susun baju gini. agak leceh benonyer nak manage. selain tu ada satu lagik kelemahan almari ni yang buat aku fikir untuk buat sumthing. nak tau apa? meh nengok bawah ni..



 ni haaa... papan para untuk rak2 tu. yang belah atas dia memang ok la sebab dia salut dgn .....(apa nama mendalah salut kulit kayu tu hah?) kira ada lining laaa... tapi bila nengok belah bawah dia memang togel la segala habuk2 kayu ni sume. namapun rak kasut kan... murahhh... material pun murah.. jadinya almari ni dibuat dari habuk2 kayu je pun. macam standard perabot2 murah yg lain.

yang aku tak sukanya ialah, bila aku susun baju2 anak aku meninggi macam kat atas tu, bila dah penuh, baju/seluar/pakaian yang paling atas akan cecah bahagian bawah para yang atas (adaa paham kaaa ayat saya adik manis?) which means habuk2 kayu tu bole melekat kat pakaian yang paling atas. yang aku risau ialah habuk2 kayu tu bole datangkan alahan pada kulit kanak2 especially bagi budak yg berkulit sensitif. that's my concern laaa.... mujur jugak selama2 ni anak aku tak pape. ok jer la x de alahan. tapi bila fikirkan si bayi yang bakal lahir nanti, aku tak bole bia kan. kulit baby kan lebih sensitif. aku tanak laa akan datang menda ni bole jadi ruam / alahan kulit kat bayi aku nanti.

so, solutionnya, aku balut semula da whole para2 tu. kali ni aku tak guna wrapping paper sebab leceh nak ber-doubletape bagai. kebetulan pulak balance wallpaper yg aku guna untuk ruang tamu rumah aku b4 this ada banyak lebih so aku guna jer la wallpaper tu untuk balut. mudah kerja sebab wallpaper tu dah siap bergam. macam sticker tuuu.... tinggal kopek dan tampal. mudah betul keje aku. heheheeee...



 so ni laaa hasilnya untuk compartment yang belah atas. yang dinding belah dalam tu pun aku ganti sekali guna wallpaper yang sama. saja nak bagi seragam... (^__^)



 untuk susunatur baju2 anak pulak, aku tak terus susun macam yang aku praktikkan sebelum2 ni. aku guna kaedah bakul2. bakul2 tu semua aku beli kat daiso jer. seketol RM5. korang kira la sendirik ada brapa ketol & bape hengget RM aku dah melayang. huhu...

cara aku susun baju2 tu ialah cara menegak (sori lupa amik pic. nanti lenkali aku share laa ekk. tu pun kalo ingat nak snap gambo la.. mihmihmihhh). aku suka cara susun cenggitu. lebih mudah nampak dan ambik. dan jugak yang paling best lebih banyak baju bole susun. tak caya korang cuba lah!. kat atas tu pun korang bole nampak ada 2 bakul yang masih kosong. kalo dibandingkan dgn cara lama tu memang rasa tak muat ruang2 yang ada tapi skang tak lagi. yeayyy!

untuk compartment atas ni aku khaskan untuk anak bujang kecik aku - Ammar. saja pilih bakul kaler putih untuk beliau sebab nampak suci. kihkihkihhh... abaikan bakul hitam kat para paling bawah tu. aku saja test beli bakul brand lain aritu. nak nengok suit ke tak. harga sama je RM5 sbb beli tempat sama. brand bakul jer yg lain..



 dah siap compartment atas, aku buat untuk yang bawah jugak. step yang sama dan wallpaper yang sama. dan gambo kat atas ni hasilnya..



 compartment bawah ni pulak aku khaskan untuk bayi yang bakal lahir nanti dan aku pilih bakul kaler hijau. kenapa hijau? haaaa.....sebabnya until now (31 week) aku still tak tau gender baby sbb tak pegi2 scan lagi. memanjang bertangguh nak pegi. mihhmihhhmihh...

kaler hijau ni kira kaler selamat la orang kata. untuk boy bole untuk girl pun bole. lagipun aku memang berkenan kaler ijau ni. sejuk je nengok. untuk para atas aku tak guna bakul tapi guna non-woven box. box tu saiz dia lebih kurus so muat untuk 4 ketol box tu dalam satu baris. sesuai sgt untuk aku susun benda2 kecik macam mitten & booties, sapu tangan, barut dll. box tu pun aku beli kat daiso. sila jangan tanya nape box corak bunga2 yang aku pilih sbb mmg dah takde pilihan lain. kaler pun bukan ijau sebab kaler yg ada cuma coklat & pink. sekian penerangan aku.

untuk para bawah sekali tu aku tak guna bakul yang sama saiz macam para atas sebab kebetulan bakul tu dah abis stok untuk kaler ijau. so terpaksa la guna alternatif lain. tapi bagus jugak sebab kebetulan aku nak buat simpan towel mandi diorang jer. memang perlu bakul saiz beso sket pun. hehe...



 since dah alang2 aku susun semua baju2 Ammar & bayi, aku decide buat labelling skali. senang buat keje skaligus. ye tak? untuk labelling aku guna sticker label yang jual kat daiso tu jer. aku suka sticker tu sbb ada plastik macam laminate kat atas dia. lepas kau dah tulis2 tu, kau bole tampal plastik yang mmg dia dah sediakan kat belah atas. so that, x de la jahanam tulisan tu kan if kena air. tapi aku tak tulis tangan la sbb tulisan macam hampeh. aku print je kat kertas A4 pastu aku potong2 then tampal kat atas sticker label tu. pastu aku tampal plastik laminate dia. siap!

dalam satu bungkus (RM5) ada dalam 78 sticker kalau tak silap aku. dan ada 3 boarder colour - biru, merah & hitam. aku khaskan biru untuk Ammar & merah untuk bayi. senang nak cam selain penggunaan kaler bakul yang berlainan. 

macam aku kata awal2 tadi..
UNTUK KEMUDAHAN MASA DEPAN..!!

miahahahahaaaa.....



 ni hasilnya lepas tampal2 semua. kejap je nak buat. tak sampai 2 minit pun.



 kasik zoom-in sket..



 ni bahagian bayi pulak..



 zoom-in compartment bayi..

semua aku guna bahasa melayu jerrr... senang sape2 nak paham especially mak & MIL aku la kan. nanti time aku tgh dalam pantang kang diorang la nanti yang akan byk tolong uruskan hal2 bayi ni. so, bila dah buat gini senang la nantinya segala urusan tu semua.

harap-harapnya laaaahhhhh..... 



gamba last ni aku kasik belanja full-view hasil susunatur dalam almari baju anak aku.

lokasi almari baju ni aku letak kat bilik no. 2. share skali dengan play-area anak aku dan jugak ruang solat.



aku pilih rak kasut ni dulu sbb dia murah.
aku pilih rak kasut ni dulu sbb dia jimat ruang.
aku pilih rak kasut ni dulu sbb dia banyak compartment.
aku pilih rak kasut ni dulu sebab baju2 anak aku kecik2 je pun, tak payah nak sangkut2 / gantung2 bagai.
aku pilih rak kasut ni dulu sebab dia kaler putih dan pemegang pintu dia nampak ohsem kat mata aku.

(^_____________^)


k, tu jer..
bubyeeeee.... 





Monday 15 September 2014

Bilik No. 3: Ruang Storan cum Bilik Tidur Tetamu


hye hye hye...
bertemu lagi kita dalam sini.
ahhhh apa ke poyo bangat.
bajet dibaca'in orang blog kelam-kelibut ini?
mihmihmihhh..... (^__^)


ok la, arini aku nak share sumthing yang tak kurang penting kat rumah.
eh, pada aku sangat penting.
penting sangat-sangat-sangat-sangat!
oiiii panggg skali kang.
tulis skali dah laaaa.....


ok-ok-ok..arini aku nak share ruang storan kat rumah aku.
ni bukan wiken tadi punya projek.
tapi dah ntah berapa punya wiken aku pun tak ingat.
berbulan2 la jugak benonyer...
dan ekceli until now pun tak siap2 gak lagi benonyer..
masih ada minor2 pembaikan laaa kat ruang ni yang nak kena dibuat.
tapi aku tak menyempat.
malas pun iyer...
sibuk dengan persiapan nak sambut baby baru pun iyer...
tak larat pun satu hal..
ehhh bape banyak punya alasan daaa...


aku tau kat tiap2 rumah mesti ada satu ruang untuk storan kan?
tipu la kalau kau kata rumah kau tak perlu ruang untuk storan langsung.
kecuali kau memang pesen tak ambik kisah pun barang2 kau sepah2 sana sini.
takde tempat khusus untuk simpan.


macam kat rumah aku, as aku penah inform b4 this, rumah aku ada 3 bilik.
satu masterbed dah mesti la tempat tido aku somi-isteri-anak (anak baru sorang bole laa nak menyelit tido..) kan..
bilik no. 2 macam aku share dalam entry sebelum ni (rujuk SINI), aku buat ala2 bilik tetamu.
dan bilik no. 3 aku jadikan ruang storan merangkap play area anak aku.
tapi tu sebelum2 ni punya cerita laaa....


baru2 ni aku ubah almost major things dalam bilik no. 2 & 3.
now ni bilik no. 2 totally aku dah jadikan dia playroom + tempat simpan baju-bajan anak + ruang solat + bole jugak jadi tempat tidur untuk tetamu yg datang overnight.
untuk bilik no. 2 ni aku blum nak share lagi.
nanti satu2 aku share yee...
dan untuk bilik no. 3 now ni aku jadikan ruang storan dan jugak bilik tetamu.
nak kata officially bilik tetamu tu aku tak bape pasti laa...
tapi since katil queen yang ada kat bilik no. 2 kat rumah ni aku dah transfer ke bilik no. 3 tu, so secara tak langsung jadi la tempat tido tetamu. ye tak?
eh panjang nooooo membebel...


mari jump kepada gambo je lah lagi best.
ye dak?



 ni keadaan ruang storan aku yang dulu. masa ni share dengan play-area anak. play-area tu betul2 berdepan dengan storage area ni. agak huru-hara disitu tapi much2 more better dari 2 tahun sebelum tu. semua asal bole sumbat. kau tengok segala beg2 balik kampung tu semua. huru-hara kekdah susunnya. dengan beg isi segala plastik terpakai kat tepi tu (woven beg warna hitam). ada kotak isi bunga konvo lagi tepi tu (kotak jenama maggi). tunggang-terbalik semuanya. 

haiiiiiihhh sedehhhhhhh!!!



 disebabkan rasa tak puas hati dan makin hari barang2 kat rumah ni pun makin banyak. contoh: 3 ketul flask warna pink kat rak paling bawah tu. flask2 tu semua baru je beli raya aritu semata2 nak buat open house. dan jugak toto kat rak yang paling atas tu. beli time raya jugak aritu semata2 terlupa nak bawak balik toto ke kampung. rumah nenek tak cukup toto. adeiiii.... pakai stawun-tak-sekali tapi nak nyimpannyer yang jenuh. so bila keadaan dah mendesak, terpaksa aku carik solution utk buat proper susun-atur untuk area ni. 

makanya aku pun pegi beli seketol lagi open rack macam yang dah sedia ada. mujur time tu giant tengah promo. RM79.90 seketol. dan mujur jugak ruang yang ada tu memang ngam2 saiz seketol rak ni maka aku pun teruskan misi.

maka ni lah hasilnya.
ruang storan aku.



dan since anak aku lebih berminat nak main dgn barang2 stor ni berbanding dgn mainan dia sendiri since aku sharekan ruang ni dgn play area dia, makanya aku decide untuk ubah lokasi play area dia dan aku sumbat katil queen kat bilik no. 2 ke dalam ni.

now play-area anak aku kat bilik no. 2

jadinya, ni la keadaan bilik no. 3 kat rumah aku yang sekarang.
dan masih dalam proses pembaikan.
antaranya:

1) pasang curtain kat rak tu. maybe aku just pasang kat rak je. kat area storage box tu aku biar jer macam tu kot.

2) sampul box2 yang kat rak paling atas. sebab aku plan curtain aku cuma akan start dari aras bawah rak paling atas. so far aku dah berjaya sampul 2 ketul box. ada lg 2 ketul masih dalam proses. malas a'uzubillah!


nanti kalau dah berjaya projek curtain untuk rak ni, aku akan share lagi kay!



sebelum chow-cin-cau, aku nak share actual gambar sebelum & selepas keadaan bilik no. 3 ni.
senang sket nak bagi korang imagine.
kihkihkihhhh.....



 ni keadaan sebelum... aku penah share kat entry sebelum ni,



ni keadaan selepas.
quite better hurhhh?


k, la..
babaiiii ~




Monday 8 September 2014

DIY: Tempat Simpan Plastik2 Terpakai



hye....
harini aku nak kongsi sket laa cara aku simpan plastik2 terpakai kat rumah ni.
dalam banyak2 benda yang ada kat rumah aku ni, plastik2 terpakai ni la yang paling memeningkan kepala aku nak menyimpannya.
macam2 plastik ada..
maklum laaa...tiap kali pegi beli barang mesti dapat plastik punya kan?
nak buang sayang.
lagipun plastik2 ni memang banyak gunanya kat rumah.
ye tak?
tapi kalo dah banyak sangat plastiknya guane??



 sebelum ni, untuk sementara.. aku simpan semua plastik2 dalam woven bag ni. bag ni memang besaaaarrrr tau. banyak tak banyak memang penuh la bag ni dengan plastik2. sampai tak muat dah nak disumbat lagi. 

plastik2 ni asalnya aku main sumbat je dalam laci KC (kitchen cabinet) masa awal2 masuk rumah ni dulu. tapi sejak aku buat major susunatur untuk KC masa bulan Feb aritu (check SINI), plastik2 ni dah takder rumah so aku simpan dulu dalam bag ni buat sementara.

sementara lah sangat kan!! mau berbulan baru nak setel hal plastik aku nih. mihmihmihhh... 




dah puas aku meng-gugel sana sini kaedah terbaik untuk storage solution plastik2 aku ni.
kebanyakan idea yang aku jumpa nak kena lipat bagai.
pufffttt...aku memang tak rajin la nak melipat.
kalo takat selai dua bole la kot.
tapi kalo dah penuh se-beg cenggini memang kirim salam la awal2.
sampai la last week, aku terjumpa satu idea yang pada aku memang seswai sangat untuk aku yang malas ni.
tapi aku tak ingat dah jumpa kat mana.
sape punya blog tah.
banyak sangat gugel.
aku carik semula tak jumpa dah blog tu.
hehe... (ya ampun tuan punya idea..)
tapi tuan punya blog tu dia guna kotak kasut jer.
dan dia asingkan ikut saiz plastik.

dan lagi skali aku ulang....
aku memang tak rajin!!



 disebabkan kemalasan melampau tu la aku ambik keputusan guna kotak kertas A4 tu je terus. besar bak hang!! mihmihmihhh..... (^__^)

cara buat macam aku tunjuk kat gambar2 atas ni. ikut urutan nombor. lobang tu aku ukur ikut ukuran tipuware jer. macam kat gambar nombor 3 tu. pastu wrap-kan guna wrapping paper. gambar no. 3-4-5-6 untuk penutup kotak dan gambar 2 & 7 untuk badan kotak. saja aku guna wrapping paper kaler contra sket nak kasik naik seri. kikikiii...

gambar no. 8 tu lepas dah siap & aku buat finishing sket kat tepi2 lobang kotak tu. sesaja kurang keje..



 ni keadaan kotak yang dah siap dan dahpun aku sumbatkan dengan plastik2 dalamnya. kotak yang bawah tu pun sama jugak aku buat camtu disebabkan kuantiti plastik yang melampau banyak sampai tak muat nak sumbat kat satu ketol kotak jer.

iskh..iskh..iskhhhh...



 ni aku kasik belanja sket gambar kisah perjalanan rumah plastik2 terpakai aku.... macam aku bagitau mula2 tadi, dulu2 aku sumbat je plastik2 dalam laci KC. pastu aku simpan sementara dalam woven bag itam tu dalam 7-8 bulan. dan sekarang, plastik2 aku dah ada rumah baru. yeayyyyy!!!

dan aku laaa manusia paling hepi skang ni sebab masalah plastik2 kat rumah ni dah settle!!

hooooo-yeahhhh!!! (^__^)



yang ni aku saja jer try letak kat ruang tamu. tepi kabinet tv. macam ok gak letak sini. jadi one of barang hiasan konon2. tapi idok lerrr teman bubuh sini. buat semak hall teman yang kecik-cinonet tu jer... saja jer test2 aritu. kotak ni teman letak kat bilik no. 3 merangkap bilik storan + bilik tetamu jugak.

nanti2 teman kongsi overall keadaan bilik tu yep..
sabo2..ada sket lagi nak touch-up.



k, bye..







Tuesday 2 September 2014

Projek Susunatur Mega Sebelum Bersalin.. (^__^)


hye hye hye...
semalam genap usia kandungan 29 minggu.
tinggal baki lebih kurang 10 minggu untuk due.
alhamdulillah...baby makin aktif.
sama aktif dengan maknya yang tengah gila menyusun atur barang2 kat rumah.
hiiihuuhiii.... (^__^)


aku tak tau lah kenapa kan.
even dah nak masuk 8 bulan pregnant pun aku still tak buat apaper preparation untuk bersalin.
kat dalam kepala ni asyik dok fikir nak mengemas jek.
nape eh?
kompius aku.


skang ni aku tengah dalam mood buat rombakan besar untuk dua bijik bilik kat rumah aku ni.
owh lupa nak kasitau.
rumah aku ni jenis rumah teres setingkat with 3 bedrooms.
aicehh tetiba terselit pulak cakap omputeh.
kikikiii...
bilik 1 (masterbed), bilik 2 dan bilik 3.
so buat masa sekarang ni fokus susunatur aku kat bilik no. 2 dan 3.


buat masa ni teaser la dulu ek.
tapi teaser keadaan sebelum laaa...
untuk dua2 bilik tu...
yang pada aku sangat2 laaaa disaster!
meh nengok 2 ketul gambar kat bawah kalo tak caya..



ni bilik no. 2. keadaan sebelum. view dari 4 sisi bilik. memang huru-hara-haru-biru bilik ni. macam2 ada. semua main dannnn jer bubuh dalam bilik ni. time ada tetamu nak datang overnight baru la kelam-kelibut nak mengemas. huhu... (abaikan kain-baju sebakul tak berlipat tu. weeee)




 ni pulak bilik no. 3. bilik ni aku khaskan untuk ruang storan sejak dari hari pertama aku masuk rumah ni. 2 tahun pertama lagi disaster. tapi since aku beli storage shelf tu nampak ok la sket & ada ruang lebih untuk jadikan playroom anak aku. tapi bila dah lama2 keadaan storage area tu makin kacau-bilau & aku tak rasa play area anak aku ni praktikal di-share dengan ruang storan. takut ada barang2 bahaya kat situ. mana la tau kann....




so, lepas puas fikir dan gugel sana-sini carik idea dan solusi terbaik, aku dapat satu ilham.
dan dah pun kitorang somi-isteri 'kerjakan' hujung minggu tadi.
tapi aku blom berkesempatan lagi nak snap gambar.
dan masih ada lagi penambahbaikan yang perlu dilaksana.
harap2 projek mega aku ni membuahkan hasil terbaik.
dan harap2 aku sempat laksanakan yang terbaik sebelum due.
kena selesaikan segera.
dan kena stop fikir pasal susunatur start bulan depan.
dah patut2 fikir pasal barang keperluan bayi yang belum disediakan lagi.
harap-harap.
harap-harap.
harap-harap.


insya-Allah.


tunggu aku update pasal projek ni sikit masa lagi.
insya-Allah.


k, bye.