Friday 29 August 2014

Susunatur: Kitab Suci


Salam Juma'at..penghulu segala hari
(^_____^)


sempena hari Juma'at yang barakah ni aku nak kongsikan sikit kat mana aku simpan kitab2 suci yang ada kat rumah ni.
kitab2 suci yang aku maksudkan kat sini ialah naskhah Al-Quran, surah2 Yassin & surah2 amalan dan jugak buku2 agama.
al-maklumla kan..dah nama kitab suci mana boleh letak sebarangan.
kena ada rak khas.
atau at least simpan dalam laci.
ye tak?


kat rumah aku ni, lepas dah survey semua 'potential area', aku decide susun semua kitab2 suci atas almari baju aku.
tu je pada aku tempat yang paling praktikal.
praktikal sebab tak ditindih oleh buku2 atau barang2 lain yang tak berkenaan.
praktikal sebab terpaling atas.
praktikal sebab mudah dilihat dan senang capai.


meh aku citer bab susun2 dan simpan2 ni secara bergambar.
lagi mari dia punya feel
ye dak? 



 dulu aku susun semua kitab2 suci secara open guna rak buku ni. aku beli rak ni kat giant. harga bape tak ingat dah. aku guna rak ni supaya kitab2 tu tak mudah tumbang. biasanya kitab2 ni kan kulit dia nipis2. lagi2 kitab2 lama. 

dekat setahun jugak la guna rak ni. tapi aku tak rasa ia praktikal dari segi kebersihan. sebabnya area rumah aku ni cepat berhabuk. so, memang kejap je habuk dah penuh kat kulit2 kitab. memula rajin la nak lap. lama2 aku naik fedap.

sampai la pertengahan minggu lepas....
time jalan2 kat mr. DIY...



 aku jumpa bekas ni. first time nampak storage box ni aku dah berkenan giler. tapi puas fikir tak tau nak isi apa kalau aku beli. so aku hold dulu niat nak beli. bila balik rumah baru dapat idea nak buat isi apa. dengan tak sabarnya esok tu jugak aku gi semula kat Mr. DIY tu. hehe.... 

box ni ada 3 kaler. oren, ijau & pink. aku pilih ijau sebab nampak tenang jek nengok. sebijik harga dia RM9.90. aku rembat 2 bijik terus. hihuhiii...tamak!



 meh nengok aku isi apa dalam box yang aku beli tu. untuk box yang pertama aku isi dengan buku2 agama. tak banyak pun. ada la sket2. kat bawah2 buku tu ada la jugak panduan2 solat, doa, blablabla.... (harap beli jer pun.. bacanya tidak. kihkihkih... :p)



 untuk box kedua, aku isikan dengan naskhah Al-Quran dan surah2 Yassin yang saiz besar. tu jer..



 yang kotak ni pulak, aku tak beli. aku dapat hadiah masa dapat 1st baby dulu. dalamnya isi baju baby jer 2 helai. aku simpan lama kotak ni. masa Ammar kecik, aku guna kotak ni buat isi semua dia punya mitten & booties. tapi dah beso2 gini tak guna dah la. stoken pun dia tak minat nak pakai dah..



 dalam kotak kecik ni aku simpan semua surah2 Yassin yang saiz kecik dan jugak buku2 surah2 amalan. ada ruang sikit tu aku selitkan jugak tasbih2, minyak attar, kompas kiblat dan jugak kopiah incik asben.



 so, nak tau kat mana aku letak box2 ni semua? macam aku cakap masa awal2 tadi, aku letak atas almari baju aku. ni gambar zoom in. meh nengok gambar jauh sket pulak.



 kat sini aku simpan. box bawah sekali tu buku2 agama, box kedua naskhah Al-Quran dan atas sekali box yang kaler kuning-oren tu isinya macam yang aku explain kat atas tadi. aku susun bertindih gitu. kat tepi2 ada la letak barang2 lain. yang arnab dgn kepala chipmunk tu tabung syiling Ammar. yang box biru tu buat isi ubat2 sapu. dan yang bekas kaca kat depan skali tu aku bubuh syiling + duit kertas baki2 pegi kedai.

so, kemana pulak peginya rak buku oren tadi?



tinggg! aku buat susun buku2 anak aku pulak. dan letak kat rak kat playroom dia...


ok, tu je la yang aku nak share untuk harini.
semoga bermanfaat.
k, bye...

(^__~)



Tuesday 26 August 2014

Projek Deko : DIY Hiasan Dinding


hye hye hye...
aku kembali lagi
hehe..... (^__^)


dah lama tak memblogkan diri rasa kejung semua jari jemari tangan
nak start tulis pun sempat termenung depan pc
adoyaiiii.......


okeh laa, disebabkan otak dah makin berkarat makanya aku pun tak koser laa nak buat ayat bunga2 sebagai starting kan.
so straight to the point, hari ni aku nak tunjuk cara DIY hiasan dinding
ekceli dah banyak pun tutorial buat mendalah ni
tapi aku saja nak share cara aku
eh blog aku kan.....pedulik lah
miahahahahahaaaaa....


1st thing 1st, jom kita review barang2 yang akan digunakan dulu.
let's cekidout ~



 okeh, ni antara barang yang aku gunakan. kain, polysterene, gam, gunting (xde dalam gambar), double tape (pun xde dalam gambar) dan benang. tu je kot barang yang guna. simple jer..



sebelum nak mula, kita survey harga lah dulu kan. nak jugak nengok berbaloi ke tak buat sendirik atau lebih murah beli siap je. hehe.. (^__^). untuk kain, aku beli 1.5 meter kat nagoya which equal to RM14.80. aku lupa bape RM semeter. polysterene aku beli kat kedai barang2 kawen. saiz tak besa sangat tak kecik sangat. sedang2 je. aku beli yang dah potong siap2 sbb kat rumah takde mesin potong polysterene tu kan. kang nak potong sendirik mau senget-benget jadiknya. aku beli 12 ketul (sebab nak buat 3 ketul frame) yang mana tiap satunya RM1.50. so equal to RM18.00. gam dengan tali beli kat kedai stationary. gam harga RM4.90 dan tali tu RM3.50. gunting dgn double tape pakai yang dah sedia ada kat rumah. so total belanja untuk projek ni RM41.20. 

dah abis jimat dah tu aku rasa.... (^__^)



 now, cara nak buat. untuk seketul frame aku perlukan 4 keping polysterene ni. ekceli depends pada selera masing2 la kot nak saiz frame dia nanti besar mana. kalau nak lagi besar, tambah lagi. pada aku, 4 keping ni dah memadai la untuk dapat saiz yang aku nak. tak terlalu besar dan tak jugak terlalu kecik. nak buat saiz besar2 sangat kang nampak penuh dinding. rumah dah ler tak besa mana. aku lekatkan polysterene ni guna gam. tunggu gam kering jap sebelum pegi ke proses seterusnya.



 lepas gam dah kering dan polysterene dah betul2 melekat kuat antara satu sama lain, ambik kain tadi kendian bentangkan lebar. letak polysterene atas kain untuk ukur saiz kain yang nak dipotong. lepas ukur dan lebihkan agak2 dalam 3-4 inci, gunting lerrrr... 

oppss..lupa nak kasitau, jenis kain yang aku pilih ni stretchable so kena hati2 la masa potong. if not, mau senget-benget kain kau nanti.



 lepas dah potong, lipatkan lebihan kain tadi kebelakang. kemudian digamkan. disebabkan kain ni stretchable, memang mencabar kesabaran la nak gamkan kain ni so aku punya solution, aku doubletape kan ajer. tambah lagi dengan selotep nak bagi kukuh. tapi make sure sebelum gam or selotep, kena tarik kain ni tegang2 supaya hasil frame tu nanti cantik. takde la kang dah penat2 gam + doubletape + selotep bagai kat belakang tup2 bila tengok kat depan renyuk2..kendur jer kainnya.. mau frust menonggeng..



 disebabkan aku tanak tanggung risiko yang selotep2 tersebut takkan tertanggal makanya aku carik kotak2 tak pakai kat rumah ni untuk aku tampal dan jadikan sebagai double protection. godeh punya godeh aku jumpa kotak non-stick pan ni. pun boleylaaa... potong agak2 pastu sapu dgn gam banyak2. kat frame kain tu pulak aku bubuh doubletape sebab tanak kadbod ni bergerak2 sementara nak nunggu gam kering.



 ni laa hasilnya lepas bertungkus lumus tampal sana tampal sini. sementara nak nunggu gam kering, aku buat lagi dua frame. masing2 sama jek step2 nya so aku malas nak citer lagi. korang repeat je la semula dari atas tu. kikikiii.... (^__^)



 tadaaaaaaaaa...........
amacam?? smart tak??
dengan kos tak sampai RM50 kau bole dapat 3 ketul frame ni. siap ada balance lagi kain tu. bole buat lagi seketol frame besa ni.



wallllaaaaaaaaaaaa......
ni 3 ketol frame yang berjaya aku siapkan dalam bajet masa tak sampai setengah hari.
eh baru perasan yang aku tak citer langsung bab tali. tali tu ekceli guna untuk buat gantung frame ni tapi sampai entry ni ditulis pun aku tak nyempat2 nak pasang lagi. tengah mikior kat mana nak gantung frame ni. time buat tak fikir la kan nak bubuh mana. dah siap baru nak fikir. ape pun taboleee... miahahahahaaaaa.....




k la, tu je tutorial untuk harini.
aku nak sambung membizikan diri dgn keje opis.
k, babaiii ~


Monday 25 August 2014

Random: Sesibu Kecil Kembali.. (^__^)

huihhh lama giler kot tak update blog ni
dah naik bersawang2 dah
huhuu..


now ni dah masuk 28 weeks pregnancy
2nd baby insya-Allah
Alhamdulillah...
ni la jugak antara sebab blog ni terbengkalai
1st 3 months pregnancy memang bulan2 yang agak menyiksakan
standard orang mengandung
mabuk2..
so memang malas tahap gaban nak buat apaper
bila dah lama tinggal tu memang liat la nak start enjin semula
tak kira enjin nak kemas susunatur segala mak nenek barang kat rumah tu
ataupun start enjin nak update blog
kihkihkih...


but masuk bulan ke-4 dah mula okey laaa
pelan2 kayuh pedal nak bagi enjin hidup
and now dah mula nak laju
semangat mode susunatur dah mula balik dari before raya aritu
cuma enjin update blog je masih kelaut
kikiki...
takpe....kasik pelan2 kayuh
now ni nak kasik panas enjin sket untuk blog ni
sebelum nak speed kan?
kita tengok la apa jadik nanti dengan baki lebih kurang 2 bulan lagi ni nak bersalin
kang dah bersalin nanti memang kelaut semula la blog ni karang
mihmihmihhh....


ok la...pape hal kasik belanja gambar susunatur rumah seketol buat ubat rindu
cekidoutttt ~



susunatur kabinet dapur
tapi gambar lama
gambar baru belum sempat2 nak snap
takpe laa...buat starting
kan?


k, bye..
(^__~)