Monday 3 March 2014

Susunatur 4 Penjuru [Part 1]


haihaihaiiii....bertemu kembali kita.
puihhhh...bajet feeling2 ada orang baca blog kau ni jemah oiiii.
kahkahkahhh..

pedulik ah..
miahahahahaaa...

arini aku nak sambung pasal teaser susunatur 4 penjuru haritu.
tapi ni baru part 1 kot.
sebab macam tak lalu pulak nak ngadap menda ni lelama.
[cehh, ayat nak cover padahal tak siap lagi susunaturnya]
mihmihmihhh...
panggg!

okeh serius!
arini aku nak kongsikan keadaan sebenar sebelum projek susunatur 4 penjuru berlangsung.
kira nak bagi review keadaan sebelum la.
nak kasik korang clear betapa DISASTER-nya rumah aku ni.
mihmihmihhh...
takpe..pelan2 kayuh [ayat nak kasik sedap hati sendirik] :p

sebelum korang cuci mata nengok gambar2 yang bakal buat korang kena pegi check mata kat pakar
atau paling koman pun dengan tak semena2 terpaksa pegi kedai beli eye-mo buat cuci mata,
mehla aku explain dulu kenapa aku gelarkan dia susunatur 4-penjuru.
aku bagi nama ni sebab projek ni melibatkan 4 lokasi / tempat / rumah / ruang storage yang berbeza. 
untuk lebih senang paham, aku explain based on gambar je la yep.



[sila abaikan keadaan sekeliling! fokus pada ruang yang bernombor 1, 2 & 3 saja yep!]
okeh, ni gambar sebahagian kc yang aku buat b4 masuk rumah dulu.
kc ni pendek-cinonet jer.
tak bentuk L-shape pun.
time tu baru kawen - bajet tader.
so dapatla ini sajor.
syukur Alhamdulillah......

okey, meh aku explain nombor2 yang mewakili 'penjuru' tu ea..

penjuru 1 : dalam kabinet tu ruang penstoran segala mak nenek gula+garam+kunyit+susu tepung..blablablaaa..

penjuru 2 : ada 3 stack yang berbeza saiz. yang atas sekali rumah kitchen utensil. aku penah share pasal dia before ni. so bolela diabaikan. yang bahagian tengah tu tempat simpan plastik2 hasil dari beli barang kat pasaraya dan bahagian bawah yang besar tu aku sumbat segala tupperware [ada ke brand ni kat umah aku? :p] dan tipuware2 [yang ni mmg banyak] yang kecik2 / sederhana kecik.

penjuru 3 : ruang kabinet yang berdaun pintu 2 ni pulak tempat aku simpan segala bekas2  / besen2 yang bersaiz agak besar dan jugak periuk-belanga.

okeh, kita pegi kat next gambar pulak.



yang ni wilayah memasak aku a.k.a kabinet dapur bergerak [boleh alih2 lerr..]
kelabu asap pulak gambar ni.
al-maklumlah tempat masak mengadap tingkap.
macam aku cakap tadi, kc aku kecik jer so x muat nak buat built-in dapur masak kat situ.
so, ni je la solution paling best buat masa ni.
yang ni penjuru ke-4.
dalam ni aku isi.......apa nak kategori eh?
ntah laaa...semua pun aku sumbat belaka.
termasukla bakul isi bawang & kentang.

dah puas dgn explanation?
mohler jengah apa ada dalam setiap ruang penjuru tu dan lihatla sendiri tahap keserabutannya......


[nota: setiap nombor di hujung gambar mewakili penjuru masing2]


belah atas dah ok cuma belah bawah ni je yang masalah. rasa tak praktikal letak barang kegunaan harian kat sini sebab agak tinggi. kalo ikut tinggi aku kira ok2 jer la tapi kadang mak aku datang & tinggal lama. dia rajin masak so kesian kat dia. terkial2 nak ambik barang dalam ni. tinggi aku 5' je. mak aku jauh lagi kecik dari aku. so, bole imagine la kan. even kalo aku sendiri pun nak ambik barang2 yang kat blakang tu terpaksa la turunkan semua yang kat depan2 tu baru bole capai. kan tak praktikal tuuu.... 

dengan masalah semut lagi.......



yang ni tak yah explain lagi. dah ada kat SINI.



yang ni laci no. 2. korang nengok la sendiri dahsyat-tak-dahsyat rupa tempat ni. asal dapat plastik jer boh asal boleh. tak-dan nak melipat. penah kemas sekali dulu pastu bila dapat lagi jadik lagi. tiap kali nengok memang rasa nak pitam. ada setimbun lagi dalam bilik. sama jugak rupa camni. nak buang sayang. nak kemas......alamak aiiii lomah lutut dennn.. 



ni ruang bekas2 / mangkuk2 kecik yang aku kata tadi. dah lapan-belas-lapan-ratus kali aku kemas. tapi cuma boleh bertahan paling lama pun seminggu. lepas tu? kelaut laaaa jawapnyer!! pfffffttt..



yang ni tempat simpan bekas2 saiz besar2 sikit. dan jugak bekas2 bersaiz panjang / tinggi. dan yang bawah tu pulak ruang untuk simpan periuk-kuali-belanga. tapi bila atas tak muat, kat bawah tu pun aku sumbat jugak tipuware tu semua. huru-hara jadiknya kc aku nih.. aptb.... 

[abaikan yang aku gantung kat tepi pintu tu. saiz besau sangat. tak muat nak sumbat kat ruang utensil. so aku gantung je la kat situ. setel..]



ni tak tau la nak kategorikan ruang untuk apa. semua bercampur aduk. ada blender [bungkus plastik ijau & putih], ada tupperware [eh. eh. tipuware], ada bakul bawang, ada bekas isi kayu manis. sumbat asal boleh. asal tak serabut kat depan mata. kahkahkahhhh... panggg!



so, gitu la kekdahnya aku punya ruang storage selama2 ni.
semua asal boleh.
mana yang sempat jer buat.
sekarang ni cuba untuk jadik disiplin.
masa yang ada pun dah boleh diagih2kan.
so ku gigihkan diri menyusunatur semua tempat2 ni.
supaya lebih kemas.
lebih bersih.
paling penting LEBIH PRAKTIKAL
dan MUDAH DICAPAI..
kedudukan barang2 sedia ada ni akan berubah tempat hampir keseluruhannya lepas ni.
nanti aku kongsi ngan korang ehhh....
sabarr...sabarrr...

(^_~)

k, bai..

nota: aku saja tepek gambar besa2 sebab tau korang mesti suka nak nengok yang besa2. taderla tersepet2 mata nak menilik satu2. ye dak? aku pun camtu gak...... hiihuuhiii... :p


No comments:

Post a Comment