Tuesday 18 March 2014

Projek Susunatur 4 Penjuru [Part 2]

AMARAN ! Entry ini panjang dan banyak gambar ~ !!


masih ingat lagi pada projek susunatur-4-penjuru yang aku pernah kongsikan kat SINI dan SINI?
aku dah tak ingat ntah dah bape minggu projek tu stuck
sampai satu tahap rasa macam nak give-up
sebab ada jer yang tak kena
tapi nak give-up pun tak bole jugak sebab ni rumah aku
yang nak mengadap hari2 pun aku
yang susah senang nak handle semua benda kat dapur ni pun aku jugak
yang rasa leceh rasa payah nak capai daily use item pun aku
jadinya?
gagahkan jugak diri untuk cari solusi terbaik
demi untuk rumah sendiri
keselesaan sendiri
yang penting.....
kepuasan sendiri
mihmihhhmihhhhh...... (^____^)


dari minggu ke minggu aku carik idea
gugel sana gugel sini
tanya pendapat asben
dan hasil terakhir......
seperti kat bawah ni.
aku kongsikan satu2...
betul2 rasa puas hati
dan sangat2 berbaloi....... (^___^)


masih ingat lokasi2 '4-PENJURU' tu?
kalau dah lupa...bole klik kat SINI
(^___^)



okey, first thing first aku nak share part of kc yang sekarang. yang lain tak berubah cuma keadaan atas kc tu dah lebih proper. takde la merepek2 dok atas tu. & kat atas peti ais tu pun dah clear. atas tu aku buat letak tudung saji je if tak pakai.




ni gambar zoom-in atas kc. mari aku explain satu2. 4-jar kat rak paling hujung kiri tu aku tempatkan garam + serbuk kunyit + maggi cukup rasa + gula [guna utk masak sahaja]. bawah dia aku just letak telur. asben suka beli telur dalam pack gitu. so senang sikit la nak simpan banding beli yang jenis sebiji2 tu. then rak kedua aku dah penah story kat SINI. jar kecik2 belah atas aku letak rempah2 [kayu manis + cengkih + bunga lawang + blablabla], ada ruang sket blakang tu aku tompang letak botol jem. belah bawah aku letak canned food je. 

then bekas air pink tu baru beli. sebelum ni guna jug oren je if korang perasan la kat entry lepas. tapi kerap sgt bersemut. so solutionnya, beli ni kat kedai serbaneka then alas dengan dulang. dalam dulang tu aku bubuh air supaya semut tak bole panjat. setel masalah. then aku letak flask air panas utk bancuh susu ammar, kitchen paper dgn bekas pisau.

full view kc nanti aku share lenkali. selain benda2 ni takde apa pun lagi. sebelah tu dah sinki 2 lubang. hujungnya rak letak pinggan lepas basuh. tu je.



ni jar yang aku guna untuk letak garam yang aku citer tadi. beli kat daiso. RM5 seketol. beli 4 ketol jadi keluar modal RM20.



okeh! ni Penjuru 1.
rak belah atas aku tak usik pape. still macam tu dan setakat ni belum ada rasa nak ubah pape kat situ since barang2 tu aku jarang pakai pun. kecuali time raya la baru nak guna. untuk rak belah bawah, before ni aku guna bekas bulat2 pastu cara susun tindih menindih. kalau perasan bekasnya ada kat belah belakang tu. aku tak rasa ia praktikal since aku ni tak berapa nak cukup ketinggian. lagipun fikirkan mak aku yang lagi comel saiznya dari aku so aku ubah almost semua. 

dua storage box tutup biru tepi skali tu aku guna untuk simpan stok makanan. yang atas stok makanan kering macam megi + biskut + keropok. yang bawah untuk stok barang kering macam milo + gula + susu ammar. then dua botol bulat bertindih kat tengah tu aku bubuh pasta dengan kopi je. belah bawah pasta. atas kopi. 4 bekas yang paling kanan tu yang selalu guna. gula + milo + susu ammar + ????? [masih kosong bekas ni. plan nak isi tepung tapi asyik la lupa nak beli. hehe]

kat belakang ada bekas isi teh. ekceli ruang penjuru 1 ni masih perlukan sikit pembaikan since teh kena dok belakang padahal selalu guna. tengah fikir idea lagi untuk pembaikan. tapi takpe, still ok. if mak aku datang, aku turunkan je bekas teh tu letak atas kc. setel.



ni contoh bekas yang aku guna utk isi gula . ekceli ni bekas air untuk simpan kat peti ais. tapi dia punya design menepati spesifikasi aku [kurus dan tinggi] , so aku rembat jer. beli kat daiso jugak. harga sama jugak macam jar kat atas tu.



ni pulak Penjuru 2. 
ada 3 laci kesemuanya. ni laci paling atas. eh blur pulak gambo ni. takde perubahan langsung pada laci pertama ni. masih macam mula2 aku share entry-nya kat SINI.



ni laci ke-2. dulu jadi tempat timbunan plastik. skang aku jadikan tempat simpan mug2. memula kat laci ni aku plan nak buat letak bekas gula + milo + tepung semua. dah try seminggu. asben bising cakap tak praktikal. leceh dan rasa pelik. so aku tukar plan. fikir punya fikir jadila macam ni. ni nampak tak penuh sebab ada lagi kat rak pengering. belum susun.




ni laci ke-3. laci paling dalam. dulu kat sini aku buat bubuh segala mak nenek tupperware + tipuware kecik2. serabut rasa kepala. dalam projek susunatur 4 penjuru ni aku decide letak tumbler, botol2 air dan jug. dulu2 semua botol2 air letak kat kabinet yang belah atas kepala tu. tingkat paling atas pulak tu. leceh betul nak amik. tiap kali pun kena guna kerusi. skang ni dah pindah sini senang giler rasa. teko yang hari2 guna pun aku tompang bubuh kat sini. heaven sungguh hidup ni. hiihuuhiii... (^__^)



ni Penjuru ke-3. 
dulu rak atas tu aku simpan bekas2 tipuware saiz sederhana besar / besar. rak bawah pulak tempat simpan periuk-belanga. tapi sekarang tempat ni aku khaskan untuk simpan tipuware dan besen2 sahaja. periuk2 semua aku dah alihkan kat tempat lain. meh nengok apa ada dalam tiap2 bakul oren tu...



ni dua bakul kat rak atas. aku susun ikut saiz dan bentuk. bulat. segiempat sama. segiempat tepat. bekas2 ni datang dari laci kabinet yang sekarang jadi tempat simpan botol2 air tu...

owh lupa nak share harga bakul oren ni. bakul ni beli kat giant. satu ketul RM12.++ Beli 4 ketul RM50 terbang. weheee.... kopak2



ni dua bakul dari rak bawah. nampak clear kan apa isi dalam dia? so takyah explain la aku sumbat apa. huhu.. kat tepi tu ada ruang sikit aku selitkan je dulang minuman.



ni kat pintu kabinet. memang dari awal dah macam ni. aku malas nak ubah2. plus memang dah takde tempat lain pun nak bubuh. bia je mereka2 disitu..




yang ni penjuru ke-4 atau terakhir.
dulu kat sini tempat simpan some sort like sampah or ntah apa2 je la. skang ni rak bawah tu aku khaskan kepada periuk-belanga dan lesung. rak atas letak lid. bakul hijau kanan sekali tu aku tempatkan segala jenis bawang. dan yang biru tu aku tempatkan kentang. dah order bekas bawang kat avon tapi takde stok. x pe la takder rezeki. pakai bekas hijau tu pun ngam jugak. ingat nak carik satu lagi buat isi kentang. baru cun! sama.. hiihuhhiii... (^___^)



 ni takde kaitan. saja nak share. aku simpan tudung saji atas peti ais. tu je nak bagitau. miahahaahaaaaaa...... :p



ok la. dah penat korang teleng2 kepala nengok gambar2 projek susunatur aku ni.
meh aku nak share gambar sebelum dan selepas projek ni.
cekidoutttt...........~

SUSUNAN ATAS KC : keadaan sebelum & selepas



 PENJURU 1 : keadaan sebelum & selepas



PENJURU 2(ii) : keadaan sebelum & selepas



PENJURU 2(iii) : keadaan sebelum & selepas



PENJURU 3 : keadaan sebelum dan selepas



 PENJURU 4 : keadaan sebelum dan selepas



k tu je.
babaiiiii.......................~
(^____^)


8 comments:

  1. Berkenan rak lid tu..beli di mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida: rak lid yang mana ye? yang putih atas table top tu ke atau bakul oren yang buat isi semua tipuware tu? kalau yang putih tu beli kat daiso. kalau bakul oren tu beli kat giant.

      Delete
    2. owh...bila baca balik entry ni baru tau rak lid yang mana. haha! rak tu beli kat mr.DIY. tapi harga tak ingat dah. actually kalo tak silap rak tu untuk susun pinggan..

      Delete
  2. salam kenal.. wah.. admire betul dgn perubahan ni.. nak tnye, bekas yg letak milo n gula tu, bekas air ye? milo nye xkeras ke nnt ye? kedap udara ekk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul + Nordin: salam kenal.. (^__^) bekas letak milo tu bekas air. so far puas hati la sbb tutup dia ketat. agak kedap udara. setakat dh nak setahun pakai ni milo / susu anak belum penah keras lagi. rak putih bawah sinki tu mmg dh ada. mintak kontraktor buatkan skali dulu.

      Delete
  3. rak putih yg bawah sinki tu mmg dah ada atau buat sendiri ye? sori byk tnye pulak.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Susunan dlm laci n letak tudung saji atas petiais, sama dgn saya.
    Kita geng.
    Tp Blum cerita lg kt blog, hihi.

    ReplyDelete